(TOP) IKLAN BERBAYAR

Maksud Ayat Al-Quran harian

Wednesday, February 25, 2009

PPSMI:Surat Terbuka Untuk Tun Mahathir

Kepada Pengerusi Yayasan Kepimpinan Perdana Tun Dr Mahathir Mohamad. Salam sejahtera dan semoga sihat sahaja. Saya menulis surat kepada Tun kerana ada banyak hal yang kita perlu muhasabahkan bersama.

Sebagai umat Islam yang mengaku menjadi umat Muhammad s.a.w, kita mestilah sentiasa memperbaharui taubat.

Saya menyeru diri saya sendiri termasuk Tun dan kepimpinan Melayu Umno dulu, kini dan selama untuk sama-sama bermuhasabah mengenai sejauhmanakah kita telah berusaha memperbaiki taraf hidup Melayu, Muslim dan bangsa Malaysia seluruhnya.

Mutakhir ini, kita melihat keadaan yang membimbangkan. Khir Toyo mula menyerang Elizabeth Wong dan Tan Sri Khalid Ibrahim. Saya dapat menghidu semua ini. Selepas kes Eli, maka gambar mereka berdua disiarkan di Agenda Daily. Memang tepat.. Khir Toyo akhirnya menyerang Khalid pula.

Rakyat tahu bahawa saat menjelangnya Perhimpunan Agung Umno, Khir Toyo cuba menonjolkan dirinya sebagai ‘bakal’ Ketua Pemuda dengan cara menunjukkan kejaguhan beliau menghentam parti lawan.

Walhal, apa salahnya mengorbankan lembu-lembu untuk rakyat. Beliau mengelak daripada memandu kereta rasmi, sebaliknya menggunakan kereta sendiri. Apa salahnya menggunakan peruntukan itu untuk ‘maintenance’ kereta peribadinya sendiri?

Kalau watak Khir soleh dan warak sangat, tanya semula anak-anak Selangor di Al-Azhar dan Timur Tengah yang terpaksa mengikat perut kerana sukar mendapat peruntukan wang zakat. Banyak betul kalau kita mahu bahaskan hal-hal hipokrit manusia yang bergelar pemimpin ini.

Rakyat tahu, pemimpin Umno rasa cemburu dan iri hati dengan kemenangan Pakatan Rakyat. Hal ini terpaksalah diakui oleh Khir sendiri. Siapa suruh beliau menghadiahkan penyapu kepada salah seorang kakitangan bawahannya?

Wanita-wanita yang teraniaya

Sejarah menunjukkan, sesiapa yang menganiayai wanita-wanita di dalam sesebuah negeri, maka kerajaan mereka bakal diterbalikkan oleh Tuhan.

Kita sama-sama anak Kedah. Langkawi bukan asing kepada kita. Pulau itu pernah ditimpa musibah akibat menghukum Mahsuri tanpa proses keadilan yang benar-benar telus. Sebelum meninggal dunia, Mahsuri bersumpah: “Langkawi menjadi padang jarak padang tekukur selama 7 keturunan!”

Doa orang yang teraniaya, khasnya wanita itu jangan kita buat main. Tidak lama sesudah itu, Langkawi diserang dan dilanggar dengan kejamnya.

Anak perempuan Sang Rajuna Tapa dibunuh sultan tanpa diteliti dosa-dosanya, isteri Laksamana Bentan Megat Seri Rama dibunuh cuma kerana mengidam buah nangka raja. Semua ini contoh-contoh klasik.

Bagaimana pula dengan contoh-contoh moderen dan pasca-moderen berhubung kaum wanita yang terbunuh tanpa keadilan ini?

Wanita berdoa menggunakan hati dan perasaan. Kaum Adam menggunakan pemikiran. Sebab itulah doa kaum wanita lebih mudah dimakbulkan Tuhan. Marilah kita lihat dan bermuhasabah, sudah berapa ramaikah wanita-wanita yang terbunuh di dalam negara kita mutakhir ini.

Kita mungkin terlupa nama Mustakizah. Contoh popular ialah Altantuya of Mongolia. Tunggulah azab Tuhan. Najib masih belum menerima pembalasan.

Tapi, mereka ini semuanya dilantik dan terangkat ketika tuan menjadi Perdana Menteri. Tun juga mesti bertanggungjawab termasuk rakyat yang mengangkat Najib melalui undi-undi mereka.

Keadilan sukar ditegakkan bagi kes-kes ini. Mereka sedang ghairah di puncak kekuasaan. Jadi, sebelum kita menyeru anak-anak didik kita bermuhasabah, marilah kita bermuhasabah mengenai hal-hal yang sedikit ringan. Apa kata Tun, untuk kali yang pertamanya, kita berbicara mengenai isu PPSMI ini?

Menjadi amalan khalifah terdahulu, mereka kerap bermuhasabah. Tapi, dalam realiti sekarang akhbar-akhbar boleh juga menjadi saluran, sumber peringatan kepada sang pemimpin untuk kembali membetulkan kesilapan mereka.

Hari kematian Tun makin hampir

Tiada siapa yang dapat menduga ajal seseorang. Mungkin Tun akan meninggal dunia esok, lusa, minggu ini, minggu depan, bulan ini atau bulan depan. Kita tidak tahu bilakah maut datang menjemput.

Dan, saya juga risau, jika usia muda saya direnggut sekarang, maka tidak sempatlah saya sampaikan peringatan kepada tuan berhubung maksud kehadiran surat ini.

Maka, sebelum terlambat.. Saya rasa perlulah saya menyampaikan peringatan kepada Tun berhubung isu-isu yang pernah Tun lakukan sepanjang pemerintahan sebelum ini.

Kalau mahu disentuh semua, tentulah panjang berjela. Maka, saya memilih satu perkara sahaja yang rasanya perlulah Tun lakukan sebelum Tun meninggal dunia.

Hal itu berkaitan dengan PPSMI. Umum diketahui bahawa Tun adalah pihak yang bertanggungjawab dalam hal ini. Jadi, saya dan rakan-rakan amat berharap supaya Tun dapat segera betulkan hal ini melalui kenyataan-kenyataan Tun. Jangan sampai murid-murid dan guru-guru sekolah kita menderita dengan sebab PPSMI ini.

Roh Tun di alam barzakh kelak akan terseksa dengan sebab PPSMI ini. Dasar ini telah banyak memenatkan mereka. Pada era penjajahan, sememangnya keseluruhan murid-murid pada zaman itu terpaksa belajar dengan menggunakan bahasa Inggeris.

Sebenarnya, mereka pun bermasalah dengan matapelajaran mereka itu. Tapi, apabila ditinjau semula, kita masih boleh menerima keadaan tersebut kerana kita belum merdeka sepenuhnya.

Kini.. selepas merdeka, kebanyakan guru, murid-murid dan setiap anggota masyarakat kita tidak dapat menerima dasar tersebut. Dasar ini telah menyusahkan mereka. Di sini, kalau Tun enggan membantah PPSMI, maka padah akan menimpa roh Tun kelak setelah kematian Tun nanti.

Setiap kali mereka merungut dengan sebab kesusahan ini, maka roh Tun akan terseksa mendengar kutukan dan kecaman mereka ke atas Tun. Sekurang-kurangnya, Tun perlu mengeluarkan kenyataan membantah PPSMI ini. Tiada salahnya..

Kenapa dahulu, Tun boleh keluarkan kenyataan bahawa AUKU sudah tidak lagi diperlukan, dan sekarang tidak boleh keluarkan pandangan membantah PPSMI? Sedangkan kedua-duanya; AUKU dan PPSMI adalah produk dasar yang diperkenalkan melalui gagasan Tun.

Usia Tun sudah lanjut dan hampir menuju ke alam barzakh. Banyak betul yang perlu Tun perbetulkan segera. Saya dan rakan-rakan cuma meminta agar Tun dapat berikan kenyataan kepada kerajaan supaya PPSMI itu ditarik balik pelaksanaannya.

Itu saja. Kami tidak minta lebih-lebih. Sementara waktu yang masih tersisa ini, manfaatkanlah segala waktu dengan membanyakkan muhasabah.

Umno berjiwa Inggeris?

Arakian.. baru-baru ini, saya membeli buku Memoir Shamsiah Fakeh. Termuat di dalamnya beberapa pandangan berhubung perbezaan antara Umno dan PKMM.

Menarik juga sesekali diselak jendela pemikiran watak-watak Melayu berhaluan kiri. Pandangan beliau mengenai Umno adalah seperti berikut:-

Sewaktu aku berada di Kampung Gemuruh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, aku sering ikut dalam pertemuan yang dianjurkan oleh Umno iaitu kependekan dari bahasa Inggeris, United Malaya National Organization.

Sebenarnya dalam bahasa Melayunya ialah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau singkatannya Pekembar, tetapi pertubuhan ini lebih suka memakai nama Umno. Seterusnya, nama Umno saja yang digunakan sehingga sekarang.

Tun.. Nampak kelihatan jelas di sini bagaimana Shamsiah Fakeh tidak senang dengan sikap Umno yang mengenepikan nama pertubuhan Pekembar, bahasa Melayunya sendiri. Pemakaian nama Umno itu sendiri menunjukkan bagaimana Umno terjajah dengan mudahnya daripada sudut pemikiran mereka.

Oh ya Tun..sekarang jam 10:15 malam. Kebetulan ketika sedang menaip kepada Tun ini, mesin faks di tepi saya sedang mencetak surat cabaran daripada Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub kepada Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein. Saya catit sedikit kenyataan yang tertera di dalam surat tersebut..

“Saya sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan ini mengemukakan cabaran untuk berdebat dengan YB Dato’ Seri sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dalam isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

“Saya menyerahkan pemilihan tarikh, tempat dan masa yang sesuai kepada pihak YB Dato’ Seri dan mencadangkan supaya ianya disiarkan secara langsung di mana-mana saluran televisyen untuk membolehkan rakyat mengadilinya.

“Saya berharap YB Dato’ Seri dapat memberikan jawapan dalam tempoh 7 hari dari tarikh surat ini.”

Tamat isi surat. Tapi, menurut Tun, adakah Hishammuddin itu boleh berdebat? Saya tidak fikir beliau berani. Seorang ahli remaja Putera Umno pernah memberitahu saya tentang sikap Hishammuddin ketika beraksi di atas pentas sebelum berucap dalam Perhimpunan Agung Umno dahulu.

“Dato’ Hishammuddin upah budak-budak untuk tepuk tangan kepadanya ketika dia mahu naik ke pentas untuk berucap,” kata ahli Putera Umno tersebut.

Bermakna, Dato’ Hishammuddin sendiri sedar bahawa beliau tiada sokongan akar-umbi ke atas dirinya sendiri, sehinggakan beliau terpaksa ‘mengupah’ orang-orang tertentu untuk bertepuk tangan apabila dia sedang berucap.

Sebab itu, saya yakin bahawa cabaran Salahuddin Ayub yang baru saya taip kepada Tun ini tidak akan disambut oleh Hishammuddin. Saya lebih yakin kepada Tun untuk mempertahan PPSMI itu sendiri. Tun mungkin tidak lari.

Sebaliknya, Hishammuddin akan mencari helah nanti. Kalau tak percaya, tengoklah selepas ini. Bukannya mudah Kumpulan Prihatin mahu menyusun pertemuan dengan Hishammuddin.

“Pembantu Hishammuddin akan selalu cakap bahawa jadual menteri tu dah penuh,” kata seorang penggiat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP). “Jadi, kami tak dapat ruang untuk turut berbincang dengan Hishammuddin berhubung isu PPSMI ini.”

Kemudian, apabila GMP mengajak orang-ramai pakat-pakat turun ke jalan raya, Hishammuddin, Naina Merican GPMS dan juak-juaknya mula menyusun ayat-ayat klise, “Kenapa harus turun ke jalanan. Marilah berbincang secara elok-elok.”

Apa Tun rasa kalau Tun berada di tempat saya? Memang mulut dan hati saya jadi jahat dan panas baran tatkala mendengar perkataan seumpama ini. Nak maki, mencarut pun ada.

Tapi, itulah ujian dan dugaan dalam perjuangan ini. Saya memang panas baran. Mamalialah katakan. Lagi pun saya orang muda yang memang disifatkan sebagai ‘angry young man’; (tetapi sedikit berjiwa romantis).

Saya yakin Hishammuddin akan mengelak pertembungan dengan Salahuddin Ayub. Sehingga surat ini ditulis, saya tidak tahu adakah Tun mahu bermuhasabah terhadap keburukan PPSMI atau masih lagi mahu memperjuang dasar tersebut.

Jika Tun mahu menebus kesilapan, maka saya syor Tun menggantikan tempat Salahuddin dan betulkan semula Hishammuddin (itu pun kalau Hishammuddin berani sahut cabaran Salahuddin).

Tapi, jika Tun tetap tegar pendirian dalam mempertahan PPSMI, maka saya ada syor lain pula.

Antara ramai-ramai Menteri Pelajaran Umno, selain Tun dan Hishammuddin, Tun Abdul Rahman Yaakob adalah sosok yang begitu istiqamah menentang PPSMI.

Jadi, jika debat antara Hishammuddin dan Salahuddin itu terbatal, tertangguh atau ditunda, maka ruang kekosongan itu mungkin boleh diisikan dengan debat antara Tun dengan Tun Abdul Rahman Yaakob. Ini berlaku jika Tun masih lagi tegar mempertahan PPSMI.

Soalan cepu saya kepada Tun, beranikah Tun berdebat dengan Tun Abdul Rahman Yaakob berhubung isu PPSMI itu?

Sekian Tun.. Tun buatlah keputusan dengan bijaksana dan penuh waspada. Jika Tun insaf dengan kesilapan Tun dalam memperkenal PPSMI, maka saya minta Tun dapat menasihati Abdullah Ahmad Badawi, Hishammuddin dan kelompok mereka agar segera memansuhkan PPSMI itu.

Tapi, jika Tun masih tegar dengan pendirian Tun, bahawa PPSMI ini suatu tindakan yang sah, betul dan wajar, maka saya mencabar Tun berdebat dengan mantan Menteri Pelajaran, Tun Abdul Rahman Yaakob sebelum menjelangnya kematian Tun, sebelum ajal datang menyambar maut.

Kalau Tun bijaksana dalam bermuhasabah, bermula hari Tun membaca surat ini, maka hendaklah Tun melakukan solat sunat istikharah, memohon petunjuk kepada Allah untuk mendapatkan petunjuk yang tepat tentang bagaimana yang seharusnya Tun lakukan selepas ini.

Saya berwasiat begini, kerana usia dan hayat tempoh Tun akan berakhir tidak lama lagi. Mungkin juga hayat dan tempoh hayat saya juga tak panjang. Soalnya, yang paling penting.. adakah kita bersedia bertemu Tuhan di Padang Mahsyar kelak untuk bersoal jawab dengan Tuhan berhubung isu PPSMI ini?

Malam ini juga, di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, telah berhimpun segala pimpinan Pakatan Rakyat dalam meratibkan jiwa sengsara rakyat dalam isu PPSMI ini. Dan mereka telah berusaha keras untuk memansuhkan PPSMI.

Harap Tun membuat keputusan dengan bijaksana sebelum ajal Tun menjelang tiba tidak berapa lama lagi.

Syahadan.. Tun, berjuanglah bersama kami.. Mansuhkan PPSMI!

ALI BUKHARI AMIR
10:57 p.m, 23 Februari
Sekolah Pemikiran Kg Baru

*Syor, kritikan dan maklumbalas boleh dimajukan lewat mel-e ibnuamir@yahoo.com

Sumber:anwaribrahimblog.com





Selengkapnya...

» Read More....

Geniusnya Yahudi.

Sambil berfikir tanpa diketahui apa tujuan terlintas pula di benak hati ini,bagaimana geniusnya Yahudi.

Kenapa saya berkata begitu?Dalam berfikir-fikir tu,rasa ternampak bagaimana yahudi ni dapat atasi benda atau kempen yang telah kita laung-laungkan iaitu boikot produk yahudi.Boleh ke kita lakukan semua tu atau hanya sekadar umpama laungan semangat je?

Sebagai contoh,umum ketahui kaum yahudi meletakkan rokok adalah haram untuk mereka tapi kenapa mereka mencipta dan memasarkan rokok dan mengaut berbilion dolar.

Inilah yang saya katakan pada awal tadi geniusnya yahudi.Rokok,walaupun banyak kempen untuk boikot keluaran yahudi termasuk rokok,tapi cuba anda fikirkan,adakah produk dan pengeluaran rokok telah terjejas hasil dari kempen boikot tersebut?

Saya rasa tidak sama sekali,malah semakin bertambah dari hari ke hari jumlah penagih rokok ni.Jadi hasil sumbangan dari rokok sahaja sudah memadai untuk membantu mereka walaupun dunia menjalankan kempen besar-besaran boikot hasil keluaran mereka.Kenapa?

Penagih rokok yang betul-betul boleh berhenti kerana kesihatan dan sertai boikot ni saya rasa tidak sampai 2% sahaja yg berjaya.Inilah geniusnya yahudi.

Belum lagi produk lain,umpama Mc Donalds,Carrefour,Tesco dam lain-lain.Cuba anda renungkan geniusnya mereka dalam jenama keluaran mereka.

Renung dan fikirkan





Selengkapnya...

» Read More....

Apakah komen anda?

Keadaan politik di negara kita sekarang ni semakin tidak keruan nampaknya.

Disini saya ingin mengambil sedikit masa anda yang sudi untuk membuat sedikit komen dari post ini untuk kita sama-sama buat penilaian,apakah pandangan anda terhadap kemelut dan situasi politik Malaysia sekarang ini.

Pandangan anda mungkin boleh memberi sedikit sebanyak pedoman dan panduan kepada orang lain yang mengikuti perkembangan politik semasa mungkin melalui blog ini.

Terima kasih.

Admin
HOT ZOOM KOMUNITI





Selengkapnya...

» Read More....

Tuesday, February 24, 2009

Pemuda PAS PP tentang majlis antara agama

Jimadie Shah Othman Feb 24, 09 5:55pm
Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang menentang sebarang usaha untuk menubuhkan majlis perundingan antara agama “dari dulu, sekarang dan sampai bila-bila”, kata ketuanya, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin.

“Kalau dialog agama kita setuju, tetapi bukan (sebagai sebuah) majlis,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Mohamed Hafiz mengulas kenyataan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahaya dalam akhbar Utusan Malalysia hari ini yang mendakwa kerajaan negeri telah menubuhkan majlis berkenaan tahun lalu.

Akhbar tersebut memetik Shabudin sebagai berkata, cubaan menyamakan Islam dengan fahaman agama lain ternyata menghina Islam dan tindakan seperti itu mesti dihentikan.

Shabudin,yang juga ahli dewan undangan negeri (Adun) Permatang Berangan dilaporkan berkata, MAINPP berasa cukup tersinggung apabila ada beberapa ahli jawatankuasa majlis tersebut terdiri daripada orang Melayu.

Bagaimanapun, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan laporan akhbar tersebut bahawa kerajaan negeri itu telah menubuhkan majlis perundingan antara agama tahun lalu.

Fail Saman fitnah

Beliau juga turut mengarahkan peguamnya supaya memfailkan saman fitnah terhadap akhbar tersebut kerana menyiarkan berita yang tidak benar.

Mengulas lanjut, Mohamed Hafiz berkata, Pemuda PAS Pulau Pinang menentang sebarang usaha untuk menyamaratakan Islam dengan agama-agama lain.

“Tetapi kalau usaha hendak menyamaratakan ekonomi orang Melayu (dengan bangsa lain) itu kita setuju,” tambahnya.

Menurutnya lagi, ketegasan Pemuda PAS berikutan isu itu telah dinyatakan sejak Ogos tahun lalu, melalui muktamar sayap kanan PAS ke-54 di Ipoh, Perak.

Ditanya sama ada perkara itu pernah dibincangkan dalam mesyuarat PAS negeri, beliau berkata tidak pasti.

MALAYSIAKINI





Selengkapnya...

» Read More....

Guan Eng Mahu Saman Utusan

Feb 24, 09 3:04pm
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah menafikan laporan akbar Utusan Malaysia hari ini bahawa kerajaan negeri tersebut telah menubuhkan majlis perundingan antara agama tahun lalu.


"Semua itu satu pembohongan... kita tidak ada majlis seumpama itu," katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.

Katanya, beliau telah mengarahkan peguamnya supaya memfailkan saman fitnah terhadap akhbar tersebut kerana menyiarkan berita yang tidak benar.

"Dan jika mereka mempunyai sebarang bukti yang kita menubukan majlis seumpama itu, maka bawalah ke mahkamah," katanya.

Utusan Malaysia menyiarkan di muka depannya laporan bahawa kerajaan Pulau Pinang telah menghina Islam dengan penubuhan majlis perundingan antara agama.

Akhbar tersebut memetik Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahaya sebagai berkata, cubaan menyamakan Islam dengan fahaman agama lain ternyata menghina Islam dan tindakan seperti itu mesti dihentikan.

Katanya, MAINPP berasa cukup tersinggung apabila ada beberapa ahli jawatankuasa (AJK) majlis tersebut terdiri daripada orang Melayu.

MALAYSIAKINI





Selengkapnya...

» Read More....

DAP hina Islam?

Oleh HASNURUL MOHAMED
utusanpenang@utusan.com.my


NIBONG TEBAL 23 Feb. – Penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama oleh kerajaan negeri Pulau Pinang mesti dihentikan kerana ia meletakkan Islam sama taraf dengan agama-agama lain.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahaya berkata, cubaan menyamakan Islam dengan fahaman agama lain ternyata menghina Islam dan tindakan seperti itu mesti dihentikan.

Katanya, MAINPP berasa cukup tersinggung apabila ada beberapa ahli jawatankuasa (AJK) majlis tersebut terdiri daripada orang Melayu.

‘‘Saya difahamkan ada tiga orang AJK Melayu beragama Islam duduk dalam majlis tersebut yang kononnya mahu menuntut kesamarataan agama.

‘‘Ini sesuatu yang cukup menakutkan kerana agama Islam dipandang sama seperti Buddha yang diasaskan oleh manusia bernama Gautama Buddha, disamakan juga dengan Kristian, Taoism dan Bahai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika diminta mengulas ucapannya semasa majlis penyerahan Dana Zakat Program Didik Cemerlang Akademik 2009 di Sungai Dua di sini semalam.

Ketika berucap pada majlis tersebut, Shabudin melahirkan rasa kurang senangnya terhadap penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama Pulau Pinang yang bertujuan meletakkan semua agama, termasuk agama Islam sebagai sama rata dengan agama-agama lain.

Majlis tersebut ditubuhkan tahun lalu iaitu selepas kerajaan pakatan pembangkang yang diterajui Ketua Menteri, Lim Guan Eng mula memerintah negeri itu.

Majlis itu dipengerusikan Guan Eng sendiri. Mengulas lanjut, Shabudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Tasek Gelugor berkata, agama Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya.

UTUSAN ONLINE





Selengkapnya...

» Read More....

UMNO desak Kerajaan Negeri P.Pinang bubar Majlis Perundingan Antara Agama

BUKIT MERTAJAM 24 Feb. - UMNO Pulau Pinang hari ini mendesak kerajaan negeri membubarkan Majlis Perundingan Antara Agama yang ditubuh tahun lepas kerana menganggap badan itu mahu meletakkan Islam setaraf dengan agama-agama lain.

Setiausaha perhubungannya, Datuk Azhar Ibrahim berkata, seluruh umat Islam di negeri ini juga sepatutnya mendesak kerajaan negeri supaya majlis ini dibubarkan kerana ia menyinggung perasaan umat Islam.

“Ini tidak bermaksud kita tidak menghormati agama lain. Kita menghormati mereka dan kita harap mereka juga menghormati kita.

“Kita ada sekarang exco yang beragama Islam dalam pentadbiran kerajaan negeri tapi apa yang mereka buat?,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Shabudin Yahaya yang dipetik oleh sebuah akhbar hari ini bahawa cubaan menyamakan Islam dengan fahaman agama lain ternyata menghina Islam dan tindakan seperti itu mesti dihentikan.

Azhar berkata, majlis yang anggotanya terdiri daripada Islam dan bukan Islam itu tidak perlu ditubuhkan kerana perkara berhubung hal ehwal Islam boleh diuruskan oleh orang Islam sendiri. - Bernama

UTUSAN ONLINE





Selengkapnya...

» Read More....

Kerusi PRK tambah satu lagi

Nampaknya suasana politik tanahair kini menjadi semakin panas dan mendebarkan.Apa tidaknya.

Sekarang ramai sedang kecoh dengan kemelut di Perak yang belum tahu lagi hujung pangkalnya kerana ada 2 Menteri Besar yang belum diketahui siapa yang berhak di kejutkan pula dengan kematian Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Selepas itu diikuti pula dengan masalah ADUN Bukit Selambau.Tak beberapa hari kemudian kecoh lagi tentang gambar bogel ADUN Bukit Lenjan.

Semua tu dah dirancang untuk diadakan pilihanraya kecil dan dikatakan mungkin serentak.Oleh kerana agak lambat pihak kerajaan dan SPR mengumumkan tarikh sebenar untuk diadakan PRK bagi 3 kawasan ini,tup...tup...hari ni ada satu berita sedih berlaku pula di Sarawak dimana ADUN Batang Ai pula meninggal dunia.

Wah parah gini...apa,SPR perlu lakukan agar selepas ini tidak ada lagi tambahan kerusi untuk diadakan PRK bagi semua kawasan yg perlu diadakan PRK ni?Jawabnya PRK perlu segera diadakan supaya tidak ada pertambahan berlaku,sebab kita tidak tahu apa yang akan berlaku selepas ini.

Sekarang ada 4 PRK akan diadakan,mungkin dijalankan secara serentak.Disinilah kita akan dapat melihat kewibawaan para pemimpin kita menjalankan tugas mereka dalam menangani apa kehendak rakyat di kawasan tersebut dan secara tidak langsung juga sebagai kehendak rakyat Malaysia masa kini.

Kita hanya boleh tunggu dan lihat sahaja.Tunggu hingga SPR membuat pengumuman rasmi.






Selengkapnya...

» Read More....

Monday, February 23, 2009

Koleksi video seks makan diri

Koleksi makan diri
KUALA LUMPUR: Bagai satu fenomena hari ini apabila rakaman gambar lucah, khususnya wanita, menjadi perangkap untuk mengugut mangsa, sama ada terus meratah tubuh mereka atau mendapatkan wang.

Malah, ada lelaki bernafsu syaitan dan tidak berhati perut meminta wang saraan setiap bulan daripada bekas teman wanitanya sebagai ganti jika tidak mahu gambar bogel atau seks mereka disebarkan.

Membimbangkan, gejala merakam aksi lucah dan seks berlaku di kalangan pasangan bercinta, berkahwin, penuntut serta golongan eksekutif atau profesional.

Terbaru, tersebar di Internet gambar separuh bogel milik Exco Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong, 37. Penyebaran gambar Ketua Penerangan Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menyebabkan Elizabeth menawarkan diri meletak jawatan Exco Selangor dan Adun Bukit Lanjan.

Selain Elizabeth, ramai wanita menjadi mangsa ‘lelaki gila’ apabila gambar lucah mereka disebarkan di Internet.


Metro Ahad mendapatkan pengalaman mereka, yang ada antaranya mengaku berhabis ribuan ringgit demi memenuhi tuntutan bekas teman lelaki di samping menjadi pemuas nafsu.

Ikuti luahan mereka seperti diceritakan kepada Wartawan, FUAD HADINATA YAACOB, SHAMRAN SARAHAN dan MOHD JAMILUL ANBIA MD DENIN.

KES 1: Anisa, 21 tahun, Seri Kembangan

“KERANA Internet, maruah saya tergadai, malah hidup saya musnah. Bukan itu saja, wang simpanan dan juga pinjaman pelajaran, lebur begitu saja kepada bekas teman lelaki.

Saya mengenali lelaki itu melalui laman web sembang dua tahun lalu. Ketika itu saya masih menuntut di sebuah universiti di pinggir Kuala Lumpur dalam bidang agama.

Saya tidak tahu bagaimana saya yang boleh dikatakan berpegang teguh dengan ajaran agama musnah dalam sekelip mata angkara lelaki ini.

Selama beberapa bulan kami bersembang di Internet selain berbual melalui telefon sehingga saya jatuh hati dengannya. Pada satu hari kami mengambil keputusan berjumpa di sebuah bandar di selatan tanah air.

Pada hari itu, saya berseorangan menemuinya kerana yakin dan percaya dia lelaki baik, jujur dan bertanggungjawab.

Namun, saya sangat terkejut, hari itu juga detik hitam dalam hidup saya. Selepas menjamu selera dengannya, kepala saya terasa sakit dan seperti hendak pitam. Lelaki yang saya panggil abang Zed, berusia lingkungan 30-an, membawa saya ke lokasi yang saya tidak ketahui.

Apabila terjaga daripada tidur keesokannya, saya dapati saya tidur dalam keadaan bogel di sebuah hotel. Zed pula ketika itu mengaku meratah tubuh saya beberapa kali.

Lebih mengejutkan, dia turut merakam gambar bogel saya dalam pelbagai sudut. Malah, dia mengugut menyebar gambar berkenaan di Internet jika saya tidak menurut kemahuannya.

Saya takut, menangis dan bimbang serta tidak tahu hendak buat apa. Sejak itu, diri saya tertekan. Hampir setahun saya ikut kemahuan Zed, jika dia hendak tubuh saya, saya akan ikuti kemahuannya.

Di dalam kereta, hotel, tepi tasik atau di mana saja tempat yang ada peluang, kami melakukan seks dengan harapan gambar bogel saya dihapuskan.

Lebih kejam lagi, wang pinjaman PTPTN yang saya dapat hampir RM15,000, semuanya terpaksa diserahkan kepada Zed.

Selain meratah tubuh saya, dia dapat wang. Di universiti, bukan tiada lelaki berminat mendekati saya kerana saya boleh dikategorikan wanita cantik dan memiliki tubuh menawan.

Namun kerana Zed, pintu hati saya tertutup kerana sifat benci kepada golongan itu, malah selama setahun saya menjadi hambanya, saya tidak ceritakan masalah ini kepada sesiapa sehingga pada satu hari, saya disahkan hamil.

Ketika itu saya buntu sehingga berita saya hamil diketahui universiti. Selain terpaksa menanggung malu, saya akhirnya dibuang, malah sehingga kini terpaksa menanggung bayaran pinjaman PTPTN.

Seperti biasa, Zed tidak mengaku atau mahu bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku kepada diri saya, malah dia sanggup bersumpah.

Sehubungan itu, saya membuat laporan polis dan kini masih dalam siasatan.”

KES 2: Alis, 27, Cheras

“KAMI bercinta hampir lima tahun dan hidup bersama bagaikan pasangan suami isteri dan tinggal sebumbung di sekitar Cheras, Kuala Lumpur.

Namun, hubungan ini bertukar menjadi mimpi ngeri kepada saya apabila berpisah dengan kekasih sejak Julai lalu, akibat bergaduh dan tiada persefahaman untuk bersama lagi.

Gara-gara membenarkan bekas kekasih merakam aksi ketika melakukan seks menggunakan telefon bimbit, ia menjadi modal kepadanya mengugut saya supaya terus tinggal bersama dan mendapat habuan seks.

Jika saya enggan dan cuba meninggalkannya, dia (bekas kekasih) mengugut menyebarkan klip video lucah membabitkan hubungan asmara kami berdua yang dirakam sebelum ini di Internet.

Kerana terpaksa, saya tinggal bersamanya dan di layan seperti hamba seks selama lebih enam bulan. Dia enggan berpisah kerana mendakwa masih mencintai saya.

Bimbang klip video itu tersebar, saya turuti kemahuannya. Saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak mahu perkara memalukan ini diketahui orang, terutama keluarga.

Lama kelamaan saya tidak mampu bertahan lagi. Saya tekad untuk membuat aduan dengan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan berharap masalah ini dapat diselesaikan.

Selepas itu saya membuat laporan polis. Kini semuanya selesai, tapi hidup saya masih tidak tenteram kerana takut bekas teman lelaki ‘menganiaya’ saya lagi.”

KES 3: Marina, 26, Petaling Jaya

“HIDUP saya hampir musnah apabila aksi melakukan hubungan seks bersama bekas tunang tersebar di Internet. Cuma saya bernasib baik kerana klip video berkenaan tidak mendedahkan wajah.

Bagaimanapun, itu hanya ugutan bekas tunang supaya saya akur terhadap segala permintaan, sama ada memberi habuan seks dan wang.

Bekas tunang mengugut mendedahkan klip video yang menunjukkan wajah kami ke Internet, termasuk gambar bogel saya, jika enggan menunaikan segala permintaannya.

Setiap kali memerlukan wang, dia hubungi saya. Jika saya enggan memberi wang, dia ugut hendak sebarkan klip video berkenaan dan menghantarnya kepada keluarga saya.

Perkara itu berlarutan hampir tiga bulan dan duit gaji hampir RM4,000 sudah saya beri kepadanya. Tidak setakat itu, dia juga ambil kesempatan ‘meniduri’ saya.

Perkara terbabit tidak berlanjutan. Selepas itu saya nekad mendedahkan perbuatan keji bekas tunang kepada keluarganya.

Ibu bapa saya marah kerana dapat tahu saya terlanjur dengan bekas tunang. Namun, saya tiada pilihan dan mahu semua (ugutan) itu tidak berlaku lagi.”

KES 4: Erin, 24, Bandar Tun Razak

“IA umpama bala dalam hidup saya. Saya terpaksa berhempas pulas mencari wang sebanyak RM14,000 untuk membayar balik wang dan barang yang pernah dibelikan bekas suami kepada saya.

Bekas suami mengugut akan menyebarkan gambar bogel dan klip video seks ketika kami bersama hampir setahun menjadi pasangan suami isteri.

Oleh kerana tidak mahu menanggung malu, saya terpaksa menunaikan permintaannya. Malah, barang kemas yang pernah dia belikan untuk saya terpaksa saya pulangkan kepadanya.

Separuh daripada wang gaji yang saya peroleh setiap bulan terpaksa diberi kepada bekas suami. Saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana klip video itu hanya mendedahkan wajah saya.

Mahu atau tidak, saya turuti permintaan bekas suami walaupun saya sedar ia tidak wajar dilakukan bekas suami.

Yang saya risaukan, jika saya dapat menjelaskan wang yang dimintanya, adakah dia akan berhenti ‘menagih’ wang daripada saya.

Saya menyesal kerana sanggup membiarkan bekas suami merakam aksi kami ketika berasmara.”

KES 5: Illa, 22, Subang Jaya

“SAYA pernah terlanjur dengan teman lelaki, tetapi tidak tahu bagaimana gambar panas saya dirakam dan boleh tersebar. Begitupun, tidak semua gambar berkenaan adalah tubuh saya kerana ada antaranya saya percaya menggunakan teknik pertindihan.

Saya pernah mendapatkan penjelasan bekas teman lelaki, tetapi dia enggan mengaku menyebarkan gambar bogel terbabit.

Penyebaran gambar berkenaan menyebabkan saya mengalami tekanan perasaan melampau dan malu kepada rakan dan saya membuat laporan polis di Balai Polis Subang Jaya.

Begitupun, hidup saya tertekan selepas itu, apatah lagi rakan juga memperoleh gambar terbabit.

Dalam satu gambar, ia menunjukkan seorang wanita dalam keadaan bogel yang menyerupai fizikal saya duduk di atas katil dan menampakkan payu dara.

Bagaimanapun, ia sangat memalukan, terutama apabila diketahui keluarga saya, sekali gus memberi tanggapan buruk terhadap perilaku saya.

Memburukkan keadaan apabila e-mel peribadi saya turut diceroboh sebelum ia diubah suai individu tertentu dengan niat memalukan saya.

Saya mengesyaki penggodam yang memecah masuk e-mel saya adalah bekas kekasih yang dikenali sebagai K yang sukar menerima hakikat perpisahan kami.

Kekasih berusia 32 tahun dan bekerja sebagai arkitek itu pernah memberitahu saya, dia tidak akan membiarkan saya hidup bahagia kerana tidak berpuas hati dengan tindakan saya yang berani memutuskan hubungan cinta.”

Credit:myMetro





Selengkapnya...

» Read More....

UMNO Penakut - Nizar

Gabungan Pakatan Rakyat di Perak hanya menggunakan kuasa speaker Dewan Undangan Negeri untuk menggantung Menteri Besar baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan anggota exconya.

Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin menegaskan demikian dalam ucapan malam tadi di Felcra Serigala di Slim River yang dihadiri kira-kira 1,000 orang, dan berhujah bahawa Pakatan kini telah melumpuhkan BN kerana gabungan itu menguasai 28 kerusi, berbanding 21 kerusi BN selepas penggantungan tersebut.

"Ekoran itu, Pakatan adalah kerajaan untuk mentadbir Perak,katanya dalam laporan Harakahdaily hari ini.

"Hari ini, kalau kami nak gulingkan kerajaan baru pun sudah boleh...tetapi kita ini ikut undang-undang dan peraturan. Bukan macam mereka merampas dengan cara penuh jijik.

"Mereka lupa, kuasa besar dan tinggi yang BN pernah berikan kepada Speaker 50 tahun dahululah kita guna balik ikut peraturannya," kata Nizar.

Felcra Serigala terletak dalam dewan undangan negeri Behrang, yang diwakili Jamaluddin Mohd Radzi yang keluar PR dan menjadi Adun bebas yang menyokong BN.

Mohd Nizar menegaskan bahawa beliau masih menjadi menteri besar yang sah yang dilantik oleh sultan.

"Saya masih menyimpan Watikah yang sah, yang tidak pernah pun dibatalkan oleh sesiapa. Watikah itu di atas lantikan Sultan dan disaksikan sendiri oleh Hakim Mahkamah Tinggi," katanya yang merupakan Adun Pasir Panjang.

Mohd Nizar berkata jawatannya itu akan terbatal atau terlucut hanya melalui tiga cara iaitu, Perletakan jawatan secara sukarela, Pembubaran DUN dan Undi tidak percaya ke atas dirinya.

Beliau turut mencabar Umno untuk berhadapan dengan rakyat Perak melalui pilihan raya.

"Umno penakut. Takut kalah macam di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu sebab itu mereka rampas kuasa.

"Kami anak jantan, sangup berdepan dengan mereka dengan apa jua keadaan pun!" tegasnya.

Keluar rumah rasmi

Sementara itu di Ipoh, Bernama melaporkan, Mohd Nizar secara rasmi berpindah dari kediaman rasmi menteri besar hari ini.

Katanya beliau berpindah sebagai menghormati peraturan dan arahan Setiausaha Kerajaan negeri Perak dan bukan bermakna menyerah kalah kerana proses mahkamah masih berjalan dalam menentukan
kedudukannya sebagai Menteri Besar yang sah.

Berucap di majlis meraikan wartawan sempena perpindahan beliau secara rasmi dari kediaman itu, Mohd Nizar berkata, Perak tidak lagi menjadi destinasi yang meyakinkan pelabur asing ekoran kemelut peralihan kuasa kerajaan negeri yang mencetuskan krisis perlembagaan.

Katanya, pelabur tidak yakin untuk datang ke Perak jika krisis perlembagaan yang berlaku itu dibiar berterusan.

Keadaan yang menjejaskan ekonomi dan pembangunan negeri itu tidak akan selesai selagi Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak dibubar dan rakyat diberi hak untuk memilih kerajaan yang dikehendaki, katanya.

- MALAYSIAKINI




Selengkapnya...

» Read More....

Sunday, February 22, 2009

Derhaka Mertua

Keterangan:

Tumbuhan renek dari kumpulan dikot ini merupakan tumbuhan yang tidak berapa dikenali ramai walaupun kegunaannya sebagai herba berubat telah diaplikasikan semenjak zaman berzaman.

Ia merupakan tumbuhan herba bukan semusim. Batangnya separa berkayu dengan ranting yang mudah lentur. Daunnya ringkas, berbentuk bujur dengan bahagian hujung daun yang runcing. Bahagian permukaan daunnya licin dan berkilat.

Derhaka mertua mempunyai bunga yang cantik dan berwarna merah terang. Bunganya mempunyai lima kelopak bunga dan dipegang oleh tangkai bunga yang panjang dan menegak.

Ia selalunya tumbuh di kawasan belukar yang agak terlindung dari cahaya matahari yang terik. Ia membiak melalui keratan batang dan biji benih. Akar Derhaka mertua berwarna kekuningan.

Bahan aktif yang terdapat dalam derhaka mertua ialah plumbagin dan glokosid sitostrerol.

Kegunaan:

Bahagian derhaka mertua yang biasa digunakan dalam perubatan ialah akarnya.

Air rebusan akarnya digunakan untuk mengatasi masalah sembelit. Ia juga digunakan untuk menggugurkan kandungan. Ia bersifat anti radang . Ia juga dapat mengembalikan kecergasan badan.

Selain itu ia juga boleh digunakan untuk mengubati batuk, bronkitis , angin dalam perut (colic) dan kudis buta (scabies).

Di Malaysia fungsi utama tumbuhan ini ialah untuk melancarkan perjalanan haid. Untuk tujuan ini 2 atau tiga helai daunnya yang segar, dibersihkan dan dikunyah begitu sahaja dalam tempoh seminggu dari tarikh sepatutnya haid.

Tumbuhan ini amat merbahaya dan boleh menggugurkan janin jika diambil oleh wanita yang sedang hamil. Oleh itu penggunaannya perlulah dilakukan dengan berhati-hati .

Nama Tempatan: Derhaka Mertua

Nama Saintifik: Plumbago Indica

Nama Lain: Ceraka kampung, plumbago, Chitrakmool

Famili: Plumbaginaceae

Lokasi dijumpai: Tumbuhan Liar

Asal: Tidak diketahui

Credit:Melur.com





Selengkapnya...

» Read More....

Jarum Mas

Keterangan:

Jarum mas adalah sejenis rumput yang selalu akan tumbuh diantara rumput biasa dipadang-padang rumput dan ditepi-tepi lebuh raya.Jenisnya dibezakan oleh warna bunganya yang selalunya berwarna kuning, merah dan ungu. Jenis berbunga kuning ialah jenis yang paling mudah dijumpai di Malaysia.

Kegunaan:

Khasiatnya untuk perubatan telah diketahui turun temurun, menurut satu cerita jarum mas mula digunakan untuk mengembalikan kecergasan selepas bersalin dimana selepas melihat kucing yang baru melahirkan anak selalunya akan mencari dan mengunyah rumput ini.

Cara digunakan ialah satu atau dua batang rumput jarum mas yang dikeringkan direbus hingga mendidih dan diminum airnya dua kali sehari. Pastikan tidak terlalu banyak tumbuhan ini dimasukkan kedalam rebusan kerana pengambilan berlebihan boleh menimbulkan kesan sampingan seperti mual dan loya.

Selain dari mengembalikan kesihatan rahim dan sistem reproduktif ia juga dapat mengubat penyakit keputihan dan menghilangkan sakit urat dan sengal badan dengan penyediaannya yang sama.

Selamat mencuba!

Nama Tempatan: Jarum Mas

Nama Saintifik: Striga Asiatica

Nama Lain: Rempah padang, witchweed

Famili: Scrophulariaceae

Lokasi dijumpai: Dipadang-padang rumput.

Asal: Tidak diketahui

MELUR.COM






Selengkapnya...

» Read More....

 

Ads By Gedungduit

Ads By Gedungduit

Ruang iklan

Ads By Gedungduit

Sinarniaga.com- Menjana Pendapatan anda

  © MAJALAH MINIMA by NATALUDIN @ 2008

Back to TOP