(TOP) IKLAN BERBAYAR

Maksud Ayat Al-Quran harian

Saturday, January 3, 2009

Lembaran baru Fareez

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED metra.mohamed@utusan.com.my
Gambar WAHIDAH ZAINAL

DUA tahun hidup keseorangan selepas bercerai dengan penyanyi Noraniza Idris, Mohd. Fauzi Tajudin, 45, atau Fareez, akhirnya menamatkan zaman duda apabila melangsungkan perkahwinan bersama Mazlin Abdul Samad, 24.


Bertarikh 19 Disember lalu di Masjid al-Amaniah, Kepong, Kuala Lumpur, dua hati ini disatukan dengan ikatan pernikahan yang membawa sinar baru kepada Fareez dan juga Mazlin.

Kali kedua mendaki tangga pelamin, Fareez bersyukur kerana perkahwinannya dengan Mazlin mendapat restu dua anak teruna hasil perkongsian hidupnya bersama Noraniza iaitu Mohd. Alif Haikal, 19, dan Mohd. Alfeq Haikal, 15.

Di majlis pernikahan, Mazlin menerima wang hantaran sebanyak RM12,000 serta RM80 untuk mas kahwin.

Pada majlis itu, Mazlin membalas 11 dulang hantaran selepas menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak Fareez.

“Orang pertama yang saya ajukan persoalan mengenai hasrat untuk mengahwini Mazlin adalah Alif dan Alfeq.

“Mereka telah saya bawa bertemu Mazlin terlebih dahulu. Maklum balas anak-anak cukup baik dan mereka memanggil Mazlin dengan panggilan ummi,’’ jelas Fareez ketika ditemui pada majlis persandingan pihak lelaki yang diadakan di kediaman Fareez di Bandar Tun Razak, Cheras, minggu lalu.

Berlangsung penuh ringkas, kedua mempelai begitu anggun dengan busana pengantin berwarna putih.

Mazlin merupakan anak seorang anggota polis dan kini bertugas di salah sebuah firma guaman di ibu negara.

Fareez pula merupakan bekas penyanyi yang cukup popular dalam rancangan hiburan Mekar Sejambak era 1980-an.

Artis popular itu bercerai dengan Noraniza pada 2006 selepas mengharungi hidup bersama 18 tahun.

Kedua-dua mereka bernikah pada 31 Mac 1988 dan dikurniakan dua cahaya mata, Alif dan Alfeq.

Menurut Fareez, kisah pertemuan antara dirinya dan Mazlin bermula sekitar 2007.

Ketika itu, jelasnya, dia sedang menunggu untuk bertemu dengan seorang rakannya di KLCC.

“Tanpa disangka, kawan saya turut membawa sekali Mazlin. Maka bermulalah perkenalan antara saya dan dia (Mazlin). Ambil masa jugalah hendak mengenali hatinya.

“Mula-mula dia memang tidak mahu berkawan dengan saya,’’ katanya sambil ketawa besar.

Ujar Fareez, keseriusan dirinya untuk melamar Mazlin bermula apabila dia bertindak menemui ibu bapa wanita pujaan hatinya itu.

“Bila anak-anak setuju dan memberi sokongan, Alhamdulillah, kami bernikah jua akhirnya,’’ jelasnya.

Ditanya mengenai bulan madu, Fareez berkata, semuanya masih dalam perancangan.

“Buat masa ini, saya pun sibuk dengan bisnes dan urusan persekolahan Alfeq. Tunggulah nanti,’’ katanya.

Sementara itu, kepada satu persoalan sama ada Noraniza diundang ke majlis perkahwinannya, Fareez dengan ringkas berkata : “Barang yang lepas, usahlah dikenang, sudah menjadi hak orang lain.’’

Sumber:Utusan Malaysia Online

Selengkapnya...

» Read More....

Soal Jawab Agama Berhubung Internet

Salam semua blogger HOT ZOOM,
Sambil dok godek web sana sini terjumpa pula web ni.

Saya bukan pakar dalam hukum hakam ni,tapi sebagai panduan kalau betul,dan sempadan kalau salah.Kalau anda semua nak tahu apa isinya sila KLIK SINI Wallahua'lam.


Selengkapnya...

» Read More....

Blog Baru Hina Nabi Muhammad

Salam semua.
Dimulakan dengan Astaghfirullahalazim.
Saya amat terkilan,dalam kecoh2 blog hina nabi diperkatakan,masih belum serik org ni ye.Dah mula bina blog baru pulak.

Kepada pihak berkuasa cepat2 le ambil tindakan,org ni dah tak makan saman ni dan tak berhati perut dan perasaan.Celaka punya orang,berani benar dia mencabar kita org Islam.Dia tu agama apa yek?Freethinker kot.Tak kira le apa pegangan dia tapi kalau dok di bumi Allah ni hormatilah sikit anutan org lain.Jangan main bantai ikut sedap je.Oklah kalau tuan/puan semua nak tahu apa blog baru sicelaka ni dah bina, ni dia.

http://adibahahmed.blogspot.com

Marilah kita sama2 klik FLAG pada blog tersebut.

Laknatlah manusia ini.Takbir...ALLAHUAKBAR.








Selengkapnya...

» Read More....

Kenali Penyakit Chikungunya

Salam semua kepada pembca blog HOT ZOOM,
Hari ni saya dapat sedikit informasi mengenai satu penyakit yang semakin ditakuti dewasa ini.Tapi anda semua tak perlu bimbang,kerana Kementerian Kesihatan Malaysia ada memberi panduan untuk mencegahnya.Ikuti artikel yg saya dapat ni.

1. Apa itu Penyakit Chikungunya?

Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk. Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah. Ia endemik (selalu berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina. Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.

2. Bagaimana penyakit ini boleh berlaku?

Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae.

3. Adakah ia berjangkit?

Ya. Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi.

4. Apakah masa pengeraman bagi Chikungunya?

Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau dari 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara dari 3 hingga 7 hari.

5. Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?

· Demam panas mengejut

· Sakit teruk pada sendi

· Ruam pada badan

· Sakit kepala

Seorang pesakit boleh demam dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari).

Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.

6. Adakah penyakit ini boleh membawa maut?

Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan. Pesakit yang berumur boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.

7. Apakah rawatan bagi penyakit ini?

Seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan yang khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit. Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar sahaja. Tiada vaksin bagi penyakit ini.

8. Apakah yang perlu dilakukan jika dijangkiti penyakit?

Jika mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, orang ramai adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.

9. Cara pencegahan penyakit Chikungunya

· Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Adalah terbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasan-kawasan yang melakukan gotong- royong.
· Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.

· Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.

10. Bolehkah kawasan saya dijangkiti penyakit Chikungunya?

Boleh, kerana penyakit ini dibawa oleh nyamuk Aedes albopictus dan Aedes aegypti yang terdapat di negara kita.


SUMBER: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


INI PULA VERSI BAHASA INGGERIS

1. What is Chikungunya?

Chikungunya is an acute febrile infectious condition transmitted to humans by the bite of specific mosquitoes.

This disease was first detected in 1953 in Tanzania. Since then it has emerged as one of the main causes of disease outbreaks among human populations in African and Asian countries and of late affecting several locations in Europe. It is currently endemic in most countries in the Sub Saharan region in Africa, India, South East Asia, Indonesia and the Philippines.

This is not an unknown mysterious disease.

2. What is the causing agent?

Chikungunya is a febrile illness caused by a virus from the genus Alphavirus in the Togaviridae family.

3. Is the disease infectious ?

Yes. The Chikungunya virus spreads through the bite of an Aedes albopictus or Aedes aegypti mosquito infected with the virus. The Aedes mosquito also transmits the dengue virus.

4. What is the incubation period for Chikungunya ?

The incubation period for Chikungunya can range from 3 to 12 days but usually it is about 3 to 7 days.

5. What are its signs and symptoms?

The usual symptoms include:

· Sudden high fever

· Severe joint pains

· Redness with rashes occurring on the body

· Headache

The fever can occur for a period ranging from 1 to 7 days (usually about 5 days).

Chikungunya is commonly mistaken for Dengue Fever due their similar clinical symptoms.

6. Can it cause death?

In Malaysia, Chikungunya has never been reported as causing haemorrhage (bleeding) or death. However, some patients experience prolonged symptoms.

Aged patients could suffer from recurrent joint aches ranging from several months to a year.

7. What is the treatment for this disease?

As in other viral infections there is no specific treatment for Chikungunya infection. Usually, it is treated symptomatically (treatment for specific symptoms as experienced by the patient).

Most patients need only outpatient treatment.

There is no vaccine available to prevent this disease.

8. What you need to do if you are infected

If you experience signs and symptoms of Chikungunya infection, please seek immediate medical advice from the nearest clinic or hospital.

9. Prevention

· Keep your house and surrounding clean, free from Aedes mosquito breeding. This can be done through community-based activities, gotong-royong. There is evidence of no new case reported in areas where gotong-royong is carried out.

· Check your house and surrounding at least once a week to ensure no Aedes breeding.

· Seek immediate medical attention from the nearest clinic or hospital if you experience signs and symptoms of Chikungunya.

10. Can my area be affected?

Possible, due to the wide spread presents of this disease vectors (mosquitoes), namely Aedes aegypti and Aedes albopictus in this country.

11. Current situation

Please refer to the press statement.

12. Actions taken by Ministry of Health

The Ministry of Health has taken several proactive measures to effectively contain and manage this disease:

· Active case detection

· Aedes survey

· Adult mosquito destruction by fogging and ULV

· Gotong-royong

· Health promotion


As a result, the outbreak has been contained and restricted only to the affected localities.


For further information please contact:

Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC)

Disease Control Division

Ministry of Health Malaysia

Level 3, Block E10, Parcel E

Federal Government Administrative Centre

62590 Putrajaya

Tel. no.: 03-8881 0600 / 03-8881 0700

Website: http://www.moh.gov.my Selengkapnya...

» Read More....

Friday, January 2, 2009

Azan dilaung tepat detik 12 malam di Kelantan

Mohd Nor Yahya & Atif Idris
Thu Jan 01, 09 4:36:38 pm MYT
KOTA BHARU, 1 Jan (Hrkh) - Kebiasaannya sambutan tahun baru dihiasi dengan nyanyian artis dan letupan bunga api, namun lain pula apa yang berlaku di Kelantan malam tadi.


Sambutan tahun baru yang diadakan serentak bagi 1430 Hijriah dan 2009 Masihi dimulakan dengan solat Maghrib dan Isyak berjemaah di Dataran Stadium.

Dan selepas itu paluan gendang oleh pelbagai kaum dimulakan mewakili masyarakat Melayu, Cina dan India.

Agak menarik juga apabila tempat duduk penonton di dalam Stadium Sultan Mohammad Ke-IV diasingkan antara lelaki dan wanita serta keluarga.

Tema sambutan tahun ini iaitu 'Hijrah Dirai,Masehi Dinanti'.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, acara yang dipersembahkan berasas garis panduan yang ditetapkan kerajaan negeri mengikut Enakmen Kawalan Hiburan.

Katanya, penerapan unsur-unsur pendidikan dan hiburan alternatif bertujuan mengajak masyarakat terutama di kalangan muda mudi berhijrah kepada kebaikan.


"Program ini diharapkan menjadi satu pendedahan baru kepada umum agar tidak menjadikan program sambutan tahun baru sebagai tempat menyuburkan maksiat dan gejala tidak sihat.

"Diharap masyarakat akan terdidik dengan lebih baik, bebas dari unsur-unsur mungkar serta menjadi contoh kepada umat sejagat dan generasi akan datang," katanya.

Biar pun hujan lebat membasahi Kota Bharu yang bermula jam 7.30 malam, namun masih ramai datang menyaksikan program tersebut yang ternyata berlainan berbanding tempat lain.

Turut hadir Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob, Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nassruddin Daud dan anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat serta ketua-ketua jabatan kerajaan.

Tidak ketinggalan juga seramai 500 ahli Kelab Penyokong PAS dari beberapa negeri yang terdiri daripada kaum India hadir meraikan sambutan tersebut.

Program dimeriahkan lagi dengan perarakan 19 ekor kuda yang membawa piala Emas Raja-Raja diiringi 19 kereta klasik, 19 motosikal klasik dan 19 motosikal berkuasa tinggi.

"Angka 19 menggambarkan PAS telah mentadbir Kelantan selama 19 tahun bermula tahun 1990," kata Takiyuddin.

Wakil-wakil kaum iaitu, Cina, India dan Siam turut diberi peluang berucap. Kemudian Tuan Guru Nik Abdul Aziz membaca doa selamat.


Penonton juga dipersembahkan hiburan yang dikendalikan Akill Hayy dan Farah Dibba. Selain itu dikir barat oleh Kumpulan Sri Budi dan Zul Wisma, manakala Rabbani menyampaikan lagu nasyid.

Deklamasi sajak oleh Hadi Muhammad dan adik Afifi turut menyentuh perasaan. Bacaan ikrar oleh sekumpulan remaja dan selawat mega bergema menjelang detik 12 malam.

Dan tepat jam 12 malam azan dilaungkan Akill Hayy dan diakhiri pertunjukkan bunga api.
Sementara itu, Pengerusi Kelab Penyokong PAS Johor, Logeswaran a/l Rahman berkata, beliau bersama rakan-rakan dari Selangor, Pahang, Melaka, Perak dan Pulau Pinang menyambut tahun baru di Kelantan.

"Kami sanggup datang ke Kota Bharu bagi meraikan tahun baru kerana kami beranggapan sambutan tahun baru di sini berlainan berbanding di negeri-negeri lain.

"Di sini kerajaan negeri memberi peluang kaum lain berucap di hadapan ribuan rakyat bagi menyampaikan mesej tahun baru," katanya. - mj _

Sumber:Harakahdaily.Net



Selengkapnya...

» Read More....

Kasut itu sepatutnya singgah ke muka pemimpin Arab

Ahmad Tajdid
Thu | Jan 01, 09 | 1:02:48 pm MYT
Stesen TV Al-Jazeera dalam rancangan "Inside" yang disiarkan di Malaysia melalui rangkaian Astro, 31 Disember lalu menampilkan debat dalam talian (online) antara tiga panelis berhubung isu serangan terbaru regim haram Israel ke atas semenanjung Gaza.

Ia menampilkan seorang aktivis media Palestin berbangsa Arab, aktivis hak asasi manusia berpangkalan di London berbangsa Inggeris, dan seorang ahli akademik Israel berbangsa Yahudi.

Ketiga-tiga panelis memberikan hujah mereka secara bersahaja dan meyakinkan, menandakan konflik yang berlaku di Palestin kini memang sudah berada dikotak pemikiran mereka.

Aktivis media Palestin berbangsa Arab itu sudah pasti memberikan pandangan bersandarkan fakta yang menyebelahi rakyat Palestin, yang bagi beliau menjadi mangsa kekejaman Isreal. Israel baginya bukan sahaja bermaharajalela menyerang, menindas dan membunuh rakyat Palestin; malah berjaya meyakinkan masyarakat antarabangsa bahawa negara pengganas itu adalah sebenarnya 'mangsa' kepada tindakan ganas rakyat Palestin khususnya Hamas. Dan tindakan Israel menyerang Palestin dilihat oleh sekutu-sekutu rapatnya - Amerika, Britain dan Eropah - sebagai usaha mempertahankan diri daripada serangan pejuang Hamas!

Aktivis hak asasi manusia berpusat di London - seorang perempuan tua berbangsa Inggeris - secara terang-terangan membela Hamas yang pada hemat dirinya adalah pertubuhan sah yang dipilih oleh rakyat Palestin khususnya di Gaza.

Beliau bukan sahaja mengecam Israel kerana keganasannya, tetapi juga menempelak kuasa besar dunia khususnya Amerika yang enggan menerima Hamas sebagai penguasa di Gaza; satu pilihan rakyat Palestin yang dibuat melalui proses demokrasi.

Seorang lagi panelis, ahli akademik Israel pula pastinya melihat isu itu melalui sudut pandang negaranya. Beliau membela kempen serangan Isreal terhadap Gaza dan menyalahkan Hamas yang baginya menjadi duri dalam daging kewujudan negara Israel. Hamas bagi beliau adalah kumpulan pengganas yang dikelompokkan bersama Syria, Iran dan Hizbullah. "Paksi kejahatan" ini, tidak mengiktiraf kewujudan Israel dan mahu negara Yahudi itu dihapuskan daripada peta dunia.

Perbincangan atau lebih tepatnya perdebatan antara tiga panelis itu amat menarik untuk disorot. Bagaimanapun penulis rasa terpana dengan sanggahan hujah ahli akademik Israel itu.

Menurut beliau, jika benar serangan Isreal terhadap Gaza itu bakal menggugat keamanan serantau dan menjadikan rantau Timur Tengah sebagai tidak stabil, mengapa tiada sebarang tindakan atau bantahan dibuat oleh negara-negara Arab di rantau itu terhadap operasi ganas tentera Israel di Gaza? Dan baginya, sikap tidak peduli dan acuh tak acuh negara-negara Arab serantau terhadap konflik terkini yang tercetus di Gaza, menandakan kempen ganas Israel terhadap penduduk Palestin khususnya pejuang Hamas 'direstui' negara-negara tersebut.

Maka penulis pun teringat kisah seorang wartawan Iraq, Muntazer Al-Zaidi yang melemparkan kasut ke arah Presiden Amerika, George Bush dalam satu sidang akhbar bersama Perdana Menteri Iraq, Nouri Al-Maliki di Baghdad, baru-baru ini.

Muntazer ditangkap dan bakal didakwa kerana kesalahan menghina seorang pemimpin negara asing.

Beliau tidak menyesali tindakannya itu malah dianggap sebagai hero oleh masyarakat Arab kerana berjaya memalukan Bush yang banyak melakukan jenayah kemanusiaan di rantau itu. Ada yang mahu menjadikannya menantu kerana tertarik dengan keberaniannya. Tidak kurang juga yang berdemonstrasi membawa kasut di tangan bagi menyatakan sokongan terhadap tindakan Muntazer.

Menyesali kegagalan pemimpin-pemimpin negara Arab menangani isu Palestin apatah lagi membela rakyat Palestin di Gaza yang kini menjadi bahan belasahan Isreal; alangkah baiknya jika kasut-kasut pemuda Arab itu singgah ke hidung-hidung para pemimpin mereka!_

Sumber:Harakahdaily.Net




Selengkapnya...

» Read More....

Laungan 'Jahanam Israel ' berkumandang di Masjid Negara

Irwan Muhammad Zain
Fri Jan 02, 09 2:49:46 pm MYT
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Hrkh) - Api kemarahan dan kebangkitan umat Islam meledak ke seluruh negara dan pelusuk dunia membantah sikap 'kebinatanga' Israel membunuh dengan kejam penduduk Palestin sehingga mengorbankan hampir 300 nyawa.
Akibat daripada itu, bertempat di Masjid Negara Kuala Lumpur sebentar tadi, sejumlah 500 umat Islam berkumpul menyertai Himpunan Aman Palestin sambil meluahkan rasa amarah yang tidak berkesuadahan kepada rejim zionis Israel itu dan menggesa negara-negara Islam menagmbil tindakan drastik bagi mengelak pertumpahan darah berlaku lagi yang bermula 60 tahun lalu tanpa henti.

Pelbagai slogan dan sepanduk dinaikkan antaranya "Support Palestin" di samping laungan penuh benci oarang ramai seperti "Jahanam Israel!" "Hancur Yahudi1" berkumandang di pekarangan masjid tersebut yang turut menarik perhatian kenderaan-kenderaan yang lalu-lalang di bulatan berhampiran pintu masuk masjid.

Himpunan hari ini diketuai sendiri oleh Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub bersama pimpinan PAS dan NGO yang lain seperti Ketua Pemuda PAS Wilayah Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad dan Ketua Angkatan Muda KeADILan Shamsul Iskandar Mat Akin.

Sungguhpun terdapat sejumlah 50 anggota polis, kehadiran mereka dilihat sekadar memantau perjalanan himpunan aman tersebut dan setakat ini tiada sebarang insiden yang tidak diingini dan tangkapan berlaku.

Sementara itu di Pahang Ketua Penerangan Pemuda PAS Pahang, Abdullah Abdul Karim memaklumkan bahawa Gabungan NGO-NGO Islam Pahang dan Pakatan Rakyat turut mengadakan Himpunan Aman Intifadah pada hari ini selepas solat Jumaat di Perkarangan Masjid Abu Bakar, Temerloh.

Manakala Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) juga mengutuk serangan kejam rejim Yahudi ke atas rakyat Palestin dengan mengadakan himpunan sama di perkarangan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah (SHAS), UIAM Gombak selepas solat Jumaat hari ini.

Pada 30 Disember lalu Naib Presiden PAS Mohamad Sabu telah menghantar memo bantahan kepada wakil kedutaan Amerika dan lebih 500 orang daripada pelbagai NGO dan parti-parti politik menyertai himpunan di hadapan kedutaan Amerika tersebut.

Dilaporkan setakat ini seramai 360 orang dan hampir 1700 orang cedera akibat kebiadapan Israel yang melakukan serangan di Gaza sejak Sabtu lalu. - azm

(Berita lanjut menyusul) _

Sumber:Harakahdaily.Net







Selengkapnya...

» Read More....

Biodata Abdul Wahid Endut calon PAS Kuala Terengganu

Khairul Azlam
Fri | Jan 02, 09 | 11:00:31 am MYT
KUALA TERENGGANU, 2 Jan (Hrkh)-"Usah sekali-kali mencari musuh, tetapi jika musuh datang kita akan menghadapinya."

Begitulah prinsip calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut, 52 yang diumumkan oleh Presiden PAS Dato� Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada satu Majlis Perisytiharan Calon yang diadakan di Stadium Negeri Kuala Terengganu, malam semalam

PAS Terengganu menaruh harapan serta keyakinan yang tinggi mampu memenangi Pilihan Raya Kecil P.36 Kuala Terengganu yang akan diadakan pada 17 Januari ini dengan melatkkan calon yang berkaliber dan berwibawa.

Beliau merupakan Adun Wakaf Mempelam, iaitu salah satu Adun dalam Parlimen Kuala Terengganu. Wahid juga adalah Adun sejak lima penggal dari tahun 1990 lagi memiliki rekod yang cemerlang sebagai Adun atau Exco selama sepenggal dan sebagai Adun pembangkang.

Wahid dianggap sebagai anak didik Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali kerana kerusi Wakaf Mempelam yang beliau wakili kini adalah kerusi yang dimenangi oleh Mustafa ketika PAS melakukan 'comeback' di Terengganu pada tahun 1982.

Beliau dilahirkan pada 29 September 1957 di Kampung Pulau Rusa dan kini menetap di Kampung Seberang Baruh Kiri, Jalan Kelantan, Kuala Terengganu.

Mempunyai seorang isteri bernama Wan Fatimah Wan Abdullah bersama 9 orang anak yang terdiri dari dua lelaki dan tujuh orang perempuan. Isterinya, merupakan seorang warga pendidik yang gigih di sebuah sekolah kerajaan di negeri ini.

Wahid mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu. Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu dan menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi di Universiti Pertanian Malaysia (UPM).

Beliau juga mempunyai pengalaman bekerja sebagai Pegawai tadbir di UPM, menjalankan perniagaan berasaskan pertanian, pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Menyuarat Kerajaan (Exco) negeri Terengganu dari tahun 1999-2005.

Kini, sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam sejak dari tahun 1990 hingga sekarang. Selain itu, pengalamannya dalam parti PAS pernah memegang jawatan Bendahari Dewan Pemuda PAS Pusat dan Ketua Pemuda PAS Terengganu dari tahun 1991/ 1993.

Wahid masih lagi sebagai Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu dan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Terenganu. - azm _

Sumber:Harakahdaily.Net




Selengkapnya...

» Read More....

Inspirasi kisah kembar Iran

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED metra.mohamed@utusan.com.my

Menyorot tarikh bersejarah 8 Julai 2003, pasti terpahat dalam ingatan mengenai harapan dan impian pasangan kembar Iran, Ladan dan Laleh Bijani untuk hidup berasingan.

SALAH satu proses untuk melekatkan kepala Fouziah Gous (kiri) dan Yasmin Hani.

Selama 29 tahun berkongsi segala-galanya bersama, namun, impian itu musnah apabila mereka meninggal dunia di Hospital Raffles, Singapura semasa menjalani pembedahan bagi memisahkan kedua-duanya yang bercantum di bahagian kepala.

Pemisahan tersebut berjaya dilakukan, namun pasangan itu kembali menemui Tuhan pada hari kedua pembedahan yang menjadi tumpuan seluruh dunia itu.

Ladan meninggal dunia pada pukul 2.30 petang, manakala Laleh menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4 petang walaupun pakar-pakar berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan pasangan tersebut dalam pembedahan yang memakan masa 52 jam itu.

Kematian pasangan kembar tersebut bukan sahaja diratapi oleh rakyat Iran bahkan menyentuh hati masyarakat dunia yang mengikuti perkembangan pembedahan berkenaan.

Pasangan itu yang mempunyai 11 beradik dilahirkan di Firouzabad, selatan Iran dalam keluarga miskin tetapi dibesarkan di bawah pengawasan doktor di Teheran.

Sebagai kembar yang bercantum di kepala, Ladan dan Laleh akan melakukan 'apa saja' bersama-sama sekalipun ia tidak digemari oleh salah seorang daripada mereka.

Sukar dibayangkan bagaimana kehidupan yang harus dilalui oleh dua individu yang mempunyai personaliti, minat dan cita rasa berbeza ini.

Ladan, lebih peramah, suka berbual, ingin meneruskan pengajian dalam jurusan undang-undang dan tidak menggemari haiwan.

Sebaliknya, Laleh seorang yang pendiam, bercita-cita ingin menjadi wartawan dan suka memasak.

Justeru, berinspirasikan kisah Ladan dan Laleh, pengarah filem popular, Prof. Madya A. Razak Mohaiden kini dalam proses pembikinan filem berjudul 2 Hati 1 Jiwa.

Mengisahkan pasangan kembar yang bercantum di kepala lakonan Fouziah Gous dan Yasmin Hani, filem bernilai RM1.5 juta itu bertujuan menyingkap cara hidup dan kesukaran yang dilalui oleh pasangan berkenaan.

"Kisah bermula ketika Lana, lakonan Fouziah dan Lina (Yasmin) hidup bersama selama 20 tahun. Ketika memasuki universiti, mereka punyai minat berbeza. Ceria kepada bergaduh, kehendak mereka juga tidak sama sehingga membawa impian untuk berpisah.

"Cerita ini memperlihatkan betapa 20 tahun lalu, kaedah perubatan kita masih belum secanggih kini, manakala ibu bapa pula takut untuk memisahkan anak kembar mereka.

"Pembedahan tersebut berjaya dilakukan tetapi selepas itu, timbul konflik apabila masing-masing mencintai doktor pakar yang terlibat dalam pembedahan berkenaan,'' katanya ketika ditemui Hits di lokasi pengambaran filem itu di Sunway Lagoon, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Selain Fouziah dan Yasmin, 2 Hati 1 Jiwa turut dibintangi Ziela Jalil dan Mustapha Kamal.

Jelas A. Razak, 2 Hati 1 Jiwa terbitan Lineclear Motion Pictures Sdn. Bhd. yang menjalani pengambaran selama 25 hari di sekitar Kajang, Bandar Sunway, Kuala Lumpur, Kota Damansara dan kampus Universiti Teknologi Mara, Shah Alam sedikit sebanyak mempunyai persamaan dengan kisah Ladan dan Laleh.

Ujarnya, watak itu menggunakan solekan khas oleh kumpulan jurusolek dari Bangkok, Thailand, iaitu kumpulan yang turut sama terlibat dalam pembikinan filem Duyung.

"Sebanyak RM150,000 diperuntukkan untuk solekan khas tersebut. Ia merupakan satu proses yang cukup susah kerana kami perlu mencantumkan kepala Fouziah dan Yasmin.

"Mereka berdua cukup komited walaupun sengsara untuk melakonkan watak masing-masing dengan kepala terlekat.

"Oleh sebab itu, sejak awal lagi kita mencari pelakon yang lasak dan kuat dalam membawakan watak tersebut,'' jelasnya sambil menambah 2 Hati 1 Jiwa bakal ditayangkan pada penghujung tahun depan.

Filem 2 Hati 1 Jiwa merupakan filem ke-29 arahan A. Razak dan kelima yang menggunakan solekan khas selepas Cinta Kolesterol, Cholesterol Teerak, Hingga Hujung Nyawa dan Duyung.

Untuk 2 Hati 1 Jiwa, sebuah lagu tema telah dicipta dan dinyanyikan sendiri oleh Nassier Wahab.

Pasaran antarabangsa

Sementara itu, A. Razak berkata, 2 Hati 1 Jiwa bakal dipasarkan ke luar negara dan respons positif itu mula diterima sewaktu beliau menghadiri American Film Market di Los Angeles (LA), Amerika Syarikat pada 14 November lalu.

"Filem ini saya ilhamkan sejak lima tahun lalu. Apabila ia dibawa ke LA, ramai yang menyatakan minat untuk memasarkannya,'' katanya.

Menurut Razak, selain itu, pihaknya juga sedang merangka untuk menghasilkan filem epik yang mengisahkan zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu berjudul Between 2 Skies.

Filem epik itu ujarnya, merupakan filem kerjasama antara kerajaan Malaysia dan Australia.

Sumber:Utusan Malaysia Online




Selengkapnya...

» Read More....

Himpunan rasa Siti Nurhaliza

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my

APABILA disebut tentang penyanyi nombor satu negara ini, pasti akan terbayangkan kehebatannya melagukan apa jua jenis jalur muzik yang diberikan kepadanya. Dari muzik pop hinggalah ke tradisional, biduanita muda negara, Datuk Siti Nurhaliza tidak pernah mengecewakan peminatnya dengan suara emas yang dikurniakan kepadanya itu.


Setelah hampir enam tahun tidak menerbitkan album berentak etnik dan tradisional, kini Siti sudah bersedia untuk menggegarkan industri hiburan tanah air dengan album kontemporari tradisionalnya yang terbaru berjudul Lentera Timur.

Lentera Timur merupakan album studio ke-13 dan album etniknya yang keempat selepas Cindai (1997), Sahmura (2000) dan Sanggar Mustika (2002).

Malah, Siti juga pernah melahirkan album tradisional secara duet bersama Noraniza Idris yang berjudul Seri Balas pada tahun 1999.

Mengubat kerinduan
Apa yang pasti, Lentera Timur bisa mengubat kerinduan peminat setia Siti yang sudah lama menantikan album tradisional terbaru dari penyanyi tersohor ini.

Pastinya, single pertama berjudul Di Taman Teman yang dicipta oleh Fauzi Marzuki dan lirik nukilan Hairul Anuar Harun sudah pun berkumandang di corong radio dan mendapat maklum balas yang cukup menggalakkan.

Menyingkap sejarah, sebelum kelahiran album Lentera Timur, Siti berdepan dengan situasi yang cukup menyulitkan apabila dia pernah memberitahu bahawa untuk mencari lagu-lagu berentak etnik sememangnya sukar di kala industri muzik kini semakin suram.

Menyedari Siti masih lagi kuat jiwanya untuk terus memperjuangkan irama warisan nenek moyang kita, Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Malaysia (MACP) telah menganjurkan Bengkel Cipta Ekspres - Berirama Malaysia Bersama Siti Nurhaliza pada pertengahan tahun lalu di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Hasilnya, 13 lagu dapat dikumpul dalam masa tiga hari dan sembilan lagu hasil ciptaan komposer ternama negara menerusi bengkel berkenaan telah dimuatkan dalam album Lentera Timur.

Antara komposer yang telah mewarnai album Lentera Timur dengan hasil idea kreatif mereka adalah Johari Teh untuk lagu Di Kayangan Kita, Khairil Johari Johar (Bulan Yang Mesra dan Rasa Antara Kita) dan Johan Nawawi (Bintang Malam).

Selain itu, album ini juga memuatkan lagu Ada Masa Mata ciptaan M. Nasir selain Seloka Budi (Adnan Abu Hassan), Senyum Minang Manis (Zul Mahat) dan Joget Menanti Kasih (S.Atan).

Bukan itu sahaja, Lentera Timur juga menyaksikan kembalinya komposer tersohor yang cukup sinonim dengan kejayaan Siti menerusi lagu-lagu etnik iaitu Datuk Suhaimi Mohd. Zain atau Pak Ngah yang menyumbangkan lagu berjudul Jelmakanlah Ayumu.

Malah, Siti juga menyelitkan lagu ciptaan komposer seberang, Katon Bagaskara berjudul Cinta Ini yang memberikan satu nafas baru apabila muzik tradisional dan moden digabungkan dan mendapat sentuhan oleh Aubrey Suwito sebagai penerbit untuk lagu tersebut.

Demi kepuasan untuk peminat tersayang yang tidak pernah putus memberi sokongan kepada Siti selama 13 tahun menjadi artis, Siti turut menampilkan elemen strings dalam kesemua 11 lagu dalam album ini di bawah pimpinan Eddie Marzuki.

Sudah pasti, suntikan baru yang diperkenalkan Siti menerusi album ini akan memberi satu nafas baru yang lebih segar dalam muzik tradisional yang mampu menarik perhatian peminat serta pendengar dan pecinta muzik khususnya.

Lentera Timur yang diterbitkan oleh Siti Nurhaliza Productions Sdn. Bhd. dan diedarkan oleh Suria Records Sdn. Bhd. ini sudah pun berada di pasaran sejak 26 Disember lalu.

Untuk itu, dapatkan segera album hebat dan unik ini kerana anda pasti akan mendapat kepuasan menerusi keindahan muzik warisan tradisi kita yang semakin jauh ditinggalkan.

Sumber:Utusan Malaysia Online





Selengkapnya...

» Read More....

Wahid Endut calon Pas K. Terengganu

KUALA TERENGGANU 1 Jan. – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Mohd. Abdul Wahid Endut dinamakan sebagai calon Pas untuk Pilihan Raya Kecil kawasan Parlimen Kuala Terengganu, hari ini.


Pengumuman dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di hadapan kira-kira 8,000 penyokong Pas di Stadium Negeri di sini, malam ini.

Hadi berkata, beliau sendiri yang memilih Mohd. Wahid, 52, yang menjadi ADUN Wakaf Mempelam sejak 1990 dan ia mendapat restu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Menurutnya, dalam pemilihan calon itu, beliau mendapat pandangan daripada pelbagai pihak termasuk mengadakan isytisyarah (pandangan daripada orang ramai) dan istiqarah (sembahyang dan minta petunjuk).

“Sangat susah pilih calon Pas kerana calon-calon yang diketengahkan semuanya baik-baik... tiada rasuah, tiada politk wang dan tiada penyelewengan politik,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat pengumuman itu, Abdul Hadi berkata, Mohd. Abdul Wahid yang juga Bendahari Pas negeri dipilih berdasarkan kepada ketokohannya sebagai ADUN Wakaf Mempelam selama lima penggal.

Katanya, sebagai Exco Pembangunan Usahawan dan Belia Negeri semasa Pas memerintah Terengganu dari 1999 hingga 2003, Mohd. Abdul Wahid dilihat mampu menarik sokongan pengundi dari setiap lapisan masyarakat.

Sumber:Utusan Malaysia Online





Selengkapnya...

» Read More....

Hapuskan Yahudi Laknatullah


Assalamualaikum muslimin/muslimat semua,
Kejamnya Yahudi Laknatullah.Rakyat Palestin bagaikan barang mainan mereka.
Laknat Zionis.Laknat Israel.Boikot hasil keluaran Israel dan sekutunya.Berjihad dijalan Allah.Berikut dibawah ini koleksi gambar yg sempat saya kumpulkan untuk tatapan anda semua.Mungkin ada yg belum pernah melihat gambar2 ini yg tak mungkin disiarkan oleh stesen2 TV dan media antarabangsa.Cubalah anda fikir dan renungkan,sedara seagama kita diperlakukan oleh Yahudi Laknat ni.Sama2lah kita berdoa agar kota suci Baitulmaqdis selamat dan puak Yahudi ni dihancurkan oleh Allah.

Untuk melihat gambar lebih jelas sila klik pada gambar





















Selengkapnya...

» Read More....

61 maut kelab malam terbakar

BANGKOK 1 Jan. – Sekurang-kurangnya 61 terbunuh manakala lebih 200 lagi cedera apabila sebuah kelab malam mewah di sini musnah dalam satu kebakaran lewat malam tadi.


Kebakaran di kelab malam Santika itu berlaku sewaktu ambang sambutan tahun baru dan nahas itu turut mengorbankan beberapa pelancong dari Australia, Jepun, Belanda, Singapura dan Nepal.

Kebanyakan mangsa terbunuh akibat tersedut asap tebal atau lemas kerana dipijak ketika rempuhan untuk menyelamatkan diri.

Jurucakap polis, Mejar Jeneral Chokchai Deeprasertwit memberitahu, kelab itu hanya mempunyai satu pintu untuk pengunjung manakala satu lagi pintu di bahagian tepi dikhaskan bagi para pekerja.

Pusat Kecemasan Narenthorn melaporkan, setakat ini kira-kira 61 terbunuh dengan lapan daripadanya terbakar teruk sementara 203 yang lain cedera.

“Kebakaran mungkin berpunca daripada bunga api yang dibawa masuk oleh pengunjung atau mungkin daripada percikan bunga api daripada pertunjukan pentas berhampiran kelab itu,” kata Chokchai.

Sementara itu wakil Bernama di Bangkok melaporkan, pegawai Malaysia dan Thai mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia terbabit dalam insiden menjelang ketibaan tahun baru itu.


Sungguhpun butiran kejadian masih tidak lengkap, difahamkan pengunjung kelab malam diberikan bunga api sejurus sebelum tengah malam dan sebaik sahaja dentingan jam menunjukkan bermulanya 2009, bunga api mula dinyalakan di kawasan menari sekali gus mengakibatkan kebakaran besar.

Kelab itu terletak di Ekkamai, iaitu jalan yang popular dengan pengunjung dari luar negara dan masyarakat kelas atasan Thai. Banyak mayat yang rentung sehingga tidak dapat dikenal pasti dan kebakaran memusnahkan sepenuhnya bangunan terbabit.

Sementara itu, Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura berkata, pihak berkuasa Thai telah memaklumkan tentang kematian seorang lelaki warga Singapura dalam kejadian itu.

Dua warga Singapura juga merupakan antara yang cedera dalam kebakaran di kelab malam terkemuka itu dan mereka diberi rawatan kerana kecederaan ringan di sebuah hospital tempatan.

Sumber:Utusan Malaysia Online




Selengkapnya...

» Read More....

Mahkamah: Conrad Monjuntin dipenjara enam bulan

02/01/2009 1:00pm

SABAH 2 Jan. - Bekas menteri kabinet Sabah Datuk Conrad Mojuntin hari ini dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu kerana mengugut ahli perniagaan Doughty Disimon Oktober 2005. — Bernama

Sumber:Utusan Malaysia Online




Selengkapnya...

» Read More....

Five Biggest Cracks In The World


Salam semua pembaca setia HOT ZOOM.
Kejadian yg berlaku semuanya ditentukan oleh Allah.

Kita hanya dapat merancang,segalanya di tentukan oleh Allah.
Untuk melihat gambar lebih banyak lagi disini STRANGES WORLD





Selengkapnya...

» Read More....

Thursday, January 1, 2009

Tahun Baru Cina vs Limau Mandarin

Salam semua,
Tahun Baru Cina dah dekat ni,pasaraya pun dah mula jual limau mandarin.Kalau korang semua nak beli buah limau tu periksa betul2 takut terjadi macam kat dalam gambar ni je.Nak tengok gambonye klik le kat sini.




Kalau nak tengok lebih banyak gambar dan artikel surf HEALTH TIPS


Selengkapnya...

» Read More....

Funny Picture

Salam semua pembaca blog HOT ZOOM,
Selamat tahun baru,
Biasa kita naik motor,tapi kali ni motor naik orang plak.Hehehe

Untuk dapatkan lebih banyak koleksi 'funny picture'ni surf TODAY'S JOKE


Kalau korang nak duit plak boleh join sini.Hehehe

Selengkapnya...

» Read More....

Baitullah dikelilingi lambang rindu kepada 'Pemiliknya'

Ustaz Zainuddin Hashim
Fri | Dec 26, 08 | 11:43:37 am MYT
Mengambil iktibar ibadah haji dari sudut falsafah kejiwaan, kaedah mencari rahsia serta makna kerja haji. Dalam setiap amalan haji merupakan ingatan serta nasihat terhadap yang mencarinya.

Sekiranya tersingkap pintu rahsia haji, akan terdedahlah dia kepada setiap yang berkaitan dengan rahsia haji itu. Berdasarkan keadaan suci atau tidak hatinya, mengikut ketinggian atau kedangkalan kefahaman ilmunya.

Setiap amalan haji akan memberi keinsfan kepada orang yang berhajat kepada keinsafan, jika ingat akhirat maka dengan mengerjakan haji itu, ia akan mengingati ehwal akhirat. Allah SWT telah memberi kehormatan kepada Baitul Ataiq, rumah yang antik iaitu Baitullahil Haram. Jika manusia boleh menghargai barang barang antik yang dianggap berharaga, maka mustahil dia tidak menghargai Ka'bah rumah yang paling lama, yang amat berharga di sisi Allah iaitu "Baitullahil Haram."

Firman Allah SWT yang bermaksud:"Sesungguhnya rumah yang mula mula dibangun untuk (tempat beribadah) manusia, ialah Baitullah yang di Bakkah (Makkah) yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi semua manusia." (surah A-li Imran ayat 96).

Ahli Kitab mendakwa bahawa rumah yang pertama dibina berada diBaitul Maqdis, oleh itu Allah SWT menyangkalnya dengan menurunkan ayat tersebut sebagai dalil dan hujjah yang tidak dapat disangkal. Sesungguhnya Allah Taala beri kehormatan kepada rumah yang antik ini dengan cara disandar nama-Nya sendiri dengan rumah tersebut iaitu "Baitullah".

Allah SWT tegakkan rumah tersebut dengan tujuan menjadi tumpuan bagi sekalian manusia bergelar hamba-Nya. Di mana saja manusia yang mengaku sebagai hamba-Nya, dikehendakki datang menziarahi Baitullah. Di jadikan tanah di sekeliling Baitullah itu "Haraman" (kehormatan), untuk menimbulkan rasa gerun dan hebat akan kedudukan Baitul Atiq (Ka'bah) itu.

Tanah Haram itu umpama kawasan larangan sebagai halamannya, hingga segala tumbuh tumbuhan dan haiwan serta segala penghuni di dalamnya menjadi larangan untuk diganggu, kerana kawalan yang diberi oleh Allah SWT kepaada Tanah Haram.

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:"Ketahwilah bahawa darah dan harga diri serta harta kepunyaan adalah haram bagimu (tanpa sebab) sebagaimana haramnya Tanah Haram dan bulan Haram."

Allah SWT mengukuhkan lagi kehormatan tempat tersebut, dengan mengharamkan memburu binatang buruan. Mengharamkan menebang atau mencabut kayu kayan dan segala yang tumbuh di Tanah Haram itu. Baitullah diletak di Tanah Haram laksana seorang raja, yang jadi tujuan dan sanjungan seluruh manusia dari segenap penjuru alam yang jauh.

Rindu kepada pemilik Baitullah

Apabila manusia tahu bahawa Baitullah ada di bumi Makkah, menziarahinya dengan cara yang dimampui dan terdaya oleh manusia.Meskipun Ka'bah dinamakan Baitullah (Rumah Allah) justeru Allah SWT bukanlah Zat yang memerlukan tempat tinggal, tetapi manusia diajar tentang "ehsan" yang bermaksud apabila menyembah Allah SWT, Seolah-olah menusia melihat-Nya.

Sememangnya tidak mungkin manusia melihat-Nya di dunia ini, tetapi yakinlah bahawa Allah SWT sentiasa melihat manusia yang menyembah-Nya.Manusia diajar begitu apabila mereka berdepan dengan Baitullah (Ka'bah) meskipun Allah SWT tidak bertempat dan berumah, namun ia benar benar memberi erti dari sudut perhambaan kepada Allah SWT dan dari segi tunduk serta patuh kepada-Nya.

Apabila manusia dalam keadaan ihram dan bertalbiyyah dengan; Allhumma Labbik, pekerjaan tersebut dari segi hatinya sedang menyahut panggilan Allah SWT sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: "Mengerjakan Haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, iaitu bagi sesiapa yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah." (Surah A-li Imran ayat 97).

Sewaktu menatap Baitullah hendaklah ada dalam fikiran tentang Kebesaran Baitullah, di samping itu hendaklah membuat andaian bahawa mereka sedang musyahadah dan amat menghormati Pemilik Baitullah itu.

Apabila tawaf keliling Ka'bah jangan hanya tubuh zahir saja mengelilinginya, tetapi hendaklah sedar bahawa dirinya sedang meniru para malaikat yang terlalu rapat dengan Allah SWT sedang mengelilingi 'Arasy.Seolah perbuatan mengelilingi itu sedang berusaha untuk bertemu dengan Tuhan, yang disebutkan oleh Nabi s.a.w. sebagai seolah olah melihat-Nya.

Meskipun manusia tidak dapat melihat Allah SWT (kecuali dalam syurga), tetapi Dia tetap melihat manusia yang mempunyai keinginan untuk bertemu sedang tawaf mengelilingi "Rumah-Nya". Mengapa manusia begitu berhajat kepada Tuhan, tidak lain kerana menyedari kelemahan dirinya sebagai makhluk yang serba kekurangan.

Terlalu berhajat kepada Allah SWT yang serba cukup dan Maha Berkuasa dan Maha Kaya, agar segala kekurangan sama ada dari segi iman, ilmu serta amal soleh dapat dipenuhi dengan kurnia-Nya. Tujuan asal tawaf bukannya sekadar tubuh yang zahir sahaja, bahkan tawaf bersama hati dan fikiran yang sentiasa ingat serta lidah yang sentiasa menyebut nama Allah SWT.

Apabila selesai tawaf disunatkan supaya bergayut pada tabir Ka'bah serta melekapkan dada di Multazam itu untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Lantaran terlalu rindu kepada Pemilik Baitullah untuk mendapat keampunan dan keberkatan-Nya.-azm _

Sumber:Harakahdaily.Net



Selengkapnya...

» Read More....

Syed Qutb menolak konsep Islam Hadhari?

Ali Bukhari Amir
Wed Dec 31, 08 9:57:28 pm MYT
Ketika mengarang ini, rumah di desa sedang berusrah. Dan, tatkala menyelak-nyelak pustaka rumah yang termuat di dalamnya buku-buku usrah, saya terlihat kitab Syed Qutb, Maalim fit Thariq (Petunjuk Sepanjang Jalan) yang diterjemah dalam bahasa Melayu.

Lalu dalam bab Islam Adalah Tamadun (al-Islam Huwa al-Hadharah), penulis yang amat terkenal dengan ketajaman mata pena itu menulis mengenai Islam sebagai berikut:

(Saya menitipkan beberapa perenggan dengan melompat-lompat dan tidak tersusun..)

'Masyarakat Islam' ialah masyarakat yang di dalamnya dilaksanakan Islam: akidah, ibadah, undang-undang, moral dan cara hidup.

Manakala masyarakat jahiliyah itu ialah masyarakat yang Islam tidak dilaksanakan di dalamnya; masyarakat yang tidak dipandu oleh Islam, baik dari segi akidah, konsep, nilai, sistem dan undang-undang, moral dan tatasusila.

'Masyarakat Islam' bukanlah sebuah perkumpulan atau organisasi manusia yang menamakan diri mereka 'MUSLIM' sedangkan syariat Islam tidak menjadi undang-undang masyarakat itu, walaupun mereka patuh bersembahyang, menunaikan rukun puasa dan naik haji ke Mekah.

'Masyarakat Islam' dengan bentuk seperti yang disebut di atas itulah sebenarnya masyarakat yang bertamadun, manakala masyarakat 'jahiliyah' dalam segala bentuknya adalah masyarakat 'songsang.'

'Islam Hadhari' dalam fahaman Syed Qutb
Maka.. pengarang Syed Qutb kembali menyambung hujahnya..

Saya pernah memasang iklan mengenai sebuah buku karangan saya yang masih di dalam percetakan.

Buku itu asalnya berjudul: 'Menuju masyarakat Islam yang bertamadun', tapi dalam iklan kali berikutnya saya buang perkataan 'bertamadun' dan judul buku itu diubah menjadi 'Menuju Masyarakat Islam' saja.

Perubahan judul ini rupanya menarik perhatian seorang penulis Al-Jazair (Algeria) yang selalu menulis di dalam bahasa Perancis.

Beliau lantas menulis sebuah artikel mengenai perubahan judul ini, dalam mana beliau telah membuat tuduhan bahawa perubahan judul itu berpunca daripada apa yang dinamakan beliau 'operasi mempertahankan Islam dari dalam jiwa.'

Beliau menyatakan kesalnya atas perubahan judul itu kerana itulah kononnya saya dianggap beliau sebagai tidak layak lagi membuat ulasan masalah itu mengikut keadaan yang sebenar.

Saya tidak ambil hati kepada penulis itu atas sikapnya yang demikian, sebab pada ketika mula-mula menulis judul buku berkenaan, cara berfikir saya masih serupa dengan cara berfikir beliau.

Persoalan yang berlegar dalam kepala saya ialah persoalan definisi 'tamadun' sama sahaja dengan persoalan yang selalu menari di dalam kepala beliau.

Syed Qutb mengaku tersilap dan jujur membetulkan kesilapannya
Akhirnya, Syed Qutb dengan penuh kejujuran, telah mengaku bahawa beliau sendiri telah terkeliru dengan konsep tamadun.

Maka, di atas kesilapan itu, beliau dengan mudah membetulkan kesilapannya. Ini kerana, beliau berfikir, merenung dan mengarang dengan penuh kejujuran dan keikhlasan..

Saya (Syed Qutb) terpaksa mengaku dengan berterus-terang bahawa cara berfikir saya pada ketika itu pun masih belum bebas sepenuhnya dari pengaruh sisa-sisa kebudayaan Eropah yang sama sekali asing dari selera keIslaman.

Sekali pun arah pemikiran saya begitu jelas ke arah Islam, namun sisa-sisa cara berfikir ala Eropah itu masih lagi mempengaruhi saya.

Definisi 'tamadun' ala Eropah selalu sahaja bermain-main dalam ingatan saya. Perkataan ini, kalau tidak penjelasan secukupnya, boleh mempengaruhi para pembaca dengan bayangan konsep asing yang aneh itu.

Perselisihan pendapat itu sebenarnya ialah mengenai definisi 'tamadun' dan dengan demikian perlulah persoalan ini dihuraikan dengan agak luas.

Islam itu sendiri telah mengusung makna tamadun
Dan akhirnya terserlah jualah kebenaran, 'Masyarakat Islam' adalah sebenar-benarnya masyarakat yang 'bertamadun'.

Dan pada akhirnya..Syed Qutb sendiri telah menarik satu kesimpulan sebagai berikut:

Perkataan 'bertamadun' sebenarnya tidak perlu dipakai, kerana ia adalah suatu omong kosong, tidak membawa sesuatu apa pun yang baru.

Wallahu'alam..

Kenapakah orang-orang seperti Syed Qutb ini dengan mudahnya mengaku kesilapannya sendiri? Pertamanya, beliau tidak memiliki apa-apa kepentingan diri. Hidup dan matinya telah diwakafkan seluruhnya untuk kemerdekaan jiwa, demi Islam dan Muslimin.

Beliau tiada kepentingan siasah seperti Abdullah Ahmad Badawi. PM seperti Abdullah ada cita-cita politik ketika membawa Islam Hadhari di dalam Perhimpunan Agung Umno dan ini membuktikan bahawa Abdullah tak jujur dan ikhlas dengan Islam Hadhari.

Pada tahun baru yang bakal menjelang sebentar sahaja lagi, dan bersempena Maal Hijrah ini, tulisan ini menyeru kepada Abdullah supaya bersikap ikhlas di dalam menerajui pemerintahannya.

Jika didapatinya ada kesilapan seperti mana Syed Qutb, maka dengan jujur hendaklah dia menggugurkan kalimat Islam Hadhari itu dan gunalah istilah lain seperti Muslim Hadhari atau apa-apa saja istilah bagi tujuan membetulkan dan membatalkan khilaf terdahulu.

Janganlah Abdullah risaukan sangat bahawa nantinya umat Islam di Malaysia akan mengejek-ejeknya pula di atas kesilapan tersebut. Itu tidak mengapa. Syed Qutb dengan rela dan ikhlas telah mengaku khilafnya. Tiada manusia sempurna.

Paling penting, gugurkanlah PPSMI ini. Abdullah sendiri tahu bahawa PPSMI ini adalah dasar yang batil. Yang menyebabkan Abdullah masih lagi pertahankan PPSMI, mungkin ini disebabkan oleh keegoannya.

Atau, andaian kedua, mungkin beliau masih takut dan gementar kepada Tun Dr Mahathir yang mengasaskan PPSMI tersebut. Wahai Abdullah, ikhlaskan dirimu mentadbir urusan-urusan kehidupan kami; warganegara Malaysia seluruhnya.. Wallahu'alam..

9:36 p.m, 31 Disember 2008
Sekolah Pemikiran Pendang _

Sumber:Harakahdaily.Net


Selengkapnya...

» Read More....

Kaji Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

KUALA LUMPUR 31 Dis. - UMNO Bahagian Seputeh menggesa agar kerajaan mengkaji dan menggubal semula Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Seksyen 3(3)).

Ketuanya, Mustapa Kamal Mohd. Yusoff berkata, ramai penulis blog berselindung di sebalik akta itu bagi 'menghalalkan' setiap penulisan yang terdapat di dalam laman blog mereka.

''Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Seksyen 3(3)) menyebut tiada sebarang akta boleh ditafsirkan sebagai membenarkan penapisan di Internet.

''Ia sering ditafsir sebagai 'lesen besar' bagi blogger untuk tidak mempunyai tapisan di dalam setiap apa jua yang dimuatkan di dalam laman blog masing-masing,'' katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai isu laman blog yang menghina Nabi Muhammad SAW baru-baru ini.

Laman blog itu bagaimanapun telah ditutup setelah menerima kecaman pelbagai pihak.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata, pihaknya tidak teragak-agak untuk menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sekiranya perkara ini tidak diberi perhatian.

Sumber:Utusan Malaysia Online 1/1/2009


Selengkapnya...

» Read More....

Israel masih belum puas

GAZA - Israel semalam menolak gesaan untuk mengadakan gencatan senjata dengan kerajaan Hamas kerana mendakwa situasi semasa di Gaza kurang sesuai bagi tujuan tersebut walaupun angka kematian mencecah 387 manakala lebih 800 yang lain cedera.

PENDUDUK Palestin terpaksa beratur panjang untuk membeli roti di Gaza semalam

Rejim Zionis sebaliknya bertindak memperhebatkan persediaan untuk melakukan serangan darat selepas beberapa roket jarak jauh Hamas mengenai sebuah kawasan yang padat dengan penduduk di Israel.

"Jika keadaan berubah dan kami berpendapat penyelesaian diplomatik mampu menjamin keselamatan penduduk di selatan Israel, kami akan mempertimbangkannya. Bagaimanapun, pada masa ini, keadaan itu tidak berlaku," kata seorang pembantu Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Perancis untuk mengadakan gencatan senjata selama 48 jam bagi membolehkan lebih banyak bantuan kemanusiaan dihantar kepada 1.5 juta penduduk Gaza.

Kuasa-kuasa asing sudah meningkat tekanan terhdap kedua-dua belah pihak supaya menghentikan serangan.

Bagaimanapun, kemarahan penduduk Yahudi berhubung serangan roket yang semakin jauh ke dalam wilayah Israel dibimbangi akan menyebabkan Tel Aviv memperhebatkan serangan ke atas Hamas.

Bedilan roket Hamas turut mengenai bandar Beersheba yang berada 40 kilometer dari Gaza manakala tiga orang awam dan seorang askar Israel maut dalam serangan balas Hamas.

Berikutan perkembangan tersebut, deretan kereta kebal Israel bersiap sedia untuk menceroboh Gaza manakala pejuang-pejuang Hamas pula menanam periuk api bagi menghalang kemaraan tentera Yahudi.

- Reuters

Sumber:Kosmo Online 1/1/2009


Selengkapnya...

» Read More....

A. Rahman Hassan dirawat di HKL

KUALA LUMPUR 31 Dis. - Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal hari ini melawat penyanyi veteran, Datuk A. Rahman Hassan yang dimasukkan ke Wad 28 Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini kerana sakit jantung.

Beliau meluangkan masa kira- kira 15 minit untuk memberikan kata-kata perangsang kepada penyanyi veteran berusia 62 tahun itu selain menyampaikan sumbangan sebanyak RM5,000 daripada Tabung Bantuan Belaan Artis.

Sementara itu A. Rahman berkata, beliau dimasukkan ke HKL pada 24 Disember lalu setelah mengalami sakit dada yang teruk selama beberapa jam.

"Ketika tiba di HKL saya diberikan rawatan kecemasan dan terus dimasukkan ke wad. Hari kedua di wad, sakit dada saya beransur lega namun saya dinasihatkan doktor supaya tidak banyak bercakap dan berehat,'' katanya kepada pemberita.

Menurutnya, beliau percaya sakit dada yang dialami buat pertama kali itu adalah disebabkan tekanan.

Beliau bagaimanapun tidak bercadang untuk mengehadkan aktiviti seni setelah sembuh dan keluar dari HKL.

''Jika saya terlalu banyak berehat, tidak melakukan apa-apa kerja dan tidak aktif, saya boleh bertambah sakit,'' jelas beliau.

Sumber:Utusan Malaysia Online


Selengkapnya...

» Read More....

 

Ads By Gedungduit

Ads By Gedungduit

Ruang iklan

Ads By Gedungduit

Sinarniaga.com- Menjana Pendapatan anda

  © MAJALAH MINIMA by NATALUDIN @ 2008

Back to TOP