(TOP) IKLAN BERBAYAR

Maksud Ayat Al-Quran harian

Sunday, February 22, 2009

Derhaka Mertua

Keterangan:

Tumbuhan renek dari kumpulan dikot ini merupakan tumbuhan yang tidak berapa dikenali ramai walaupun kegunaannya sebagai herba berubat telah diaplikasikan semenjak zaman berzaman.

Ia merupakan tumbuhan herba bukan semusim. Batangnya separa berkayu dengan ranting yang mudah lentur. Daunnya ringkas, berbentuk bujur dengan bahagian hujung daun yang runcing. Bahagian permukaan daunnya licin dan berkilat.

Derhaka mertua mempunyai bunga yang cantik dan berwarna merah terang. Bunganya mempunyai lima kelopak bunga dan dipegang oleh tangkai bunga yang panjang dan menegak.

Ia selalunya tumbuh di kawasan belukar yang agak terlindung dari cahaya matahari yang terik. Ia membiak melalui keratan batang dan biji benih. Akar Derhaka mertua berwarna kekuningan.

Bahan aktif yang terdapat dalam derhaka mertua ialah plumbagin dan glokosid sitostrerol.

Kegunaan:

Bahagian derhaka mertua yang biasa digunakan dalam perubatan ialah akarnya.

Air rebusan akarnya digunakan untuk mengatasi masalah sembelit. Ia juga digunakan untuk menggugurkan kandungan. Ia bersifat anti radang . Ia juga dapat mengembalikan kecergasan badan.

Selain itu ia juga boleh digunakan untuk mengubati batuk, bronkitis , angin dalam perut (colic) dan kudis buta (scabies).

Di Malaysia fungsi utama tumbuhan ini ialah untuk melancarkan perjalanan haid. Untuk tujuan ini 2 atau tiga helai daunnya yang segar, dibersihkan dan dikunyah begitu sahaja dalam tempoh seminggu dari tarikh sepatutnya haid.

Tumbuhan ini amat merbahaya dan boleh menggugurkan janin jika diambil oleh wanita yang sedang hamil. Oleh itu penggunaannya perlulah dilakukan dengan berhati-hati .

Nama Tempatan: Derhaka Mertua

Nama Saintifik: Plumbago Indica

Nama Lain: Ceraka kampung, plumbago, Chitrakmool

Famili: Plumbaginaceae

Lokasi dijumpai: Tumbuhan Liar

Asal: Tidak diketahui

Credit:Melur.com





0 comments:

Post a Comment

 

Ads By Gedungduit

Ads By Gedungduit

Ruang iklan

Ads By Gedungduit

Sinarniaga.com- Menjana Pendapatan anda

  © MAJALAH MINIMA by NATALUDIN @ 2008

Back to TOP