BUKIT MERTAJAM 24 Feb. - UMNO Pulau Pinang hari ini mendesak kerajaan negeri membubarkan Majlis Perundingan Antara Agama yang ditubuh tahun lepas kerana menganggap badan itu mahu meletakkan Islam setaraf dengan agama-agama lain.
Setiausaha perhubungannya, Datuk Azhar Ibrahim berkata, seluruh umat Islam di negeri ini juga sepatutnya mendesak kerajaan negeri supaya majlis ini dibubarkan kerana ia menyinggung perasaan umat Islam.
“Ini tidak bermaksud kita tidak menghormati agama lain. Kita menghormati mereka dan kita harap mereka juga menghormati kita.
“Kita ada sekarang exco yang beragama Islam dalam pentadbiran kerajaan negeri tapi apa yang mereka buat?,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Shabudin Yahaya yang dipetik oleh sebuah akhbar hari ini bahawa cubaan menyamakan Islam dengan fahaman agama lain ternyata menghina Islam dan tindakan seperti itu mesti dihentikan.
Azhar berkata, majlis yang anggotanya terdiri daripada Islam dan bukan Islam itu tidak perlu ditubuhkan kerana perkara berhubung hal ehwal Islam boleh diuruskan oleh orang Islam sendiri. - Bernama
UTUSAN ONLINE

Tuesday, February 24, 2009
UMNO desak Kerajaan Negeri P.Pinang bubar Majlis Perundingan Antara Agama
Labels:
Bubar,
Majlis Perundingan Antara Agama,
UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





























0 comments:
Post a Comment